Kalau korang suka travel dan sentiasa cari destinasi yang ‘feels premium’, penuh pengalaman dan visual cantik, mungkin ini masa untuk ubah sedikit arah percutian.
Walaupun Western Australia terasa macam jauh, sebenarnya ia menawarkan pengalaman percutian yang ‘wow’ dengan pelbagai kejutan baik dari segi keindahan alam semula jadi hingga aktiviti unik yang sukar dilupakan.
Western Australia adalah salah satu destinasi yang semakin menjadi pilihan sekarang. Tambahan pula sekarang akses nak ke sana lebih mudah dan pengalaman yang ditawarkan cukup lengkap untuk pelbagai jenis traveller.
Kini, Malaysia Airlines menyediakan 14 kali penerbangan terus setiap minggu ke Perth. Perjalanan jadi lebih lancar tanpa perlu transit yang memenatkan.
Oh ya, tempoh penerbangan yang pendek serta berkongsi time zone yang sama pastinya buat korang tidak mengalami jet lag.
Nak tahu keunikan Western Australia? Jom kami kongsikan kepada korang!
Swan Valley, santai tapi penuh aktiviti

Kalau nak mula dengan sesuatu yang mudah dan santai, Perth memang destinasi yang ‘easy to love’.
Di Swan Valley, korang boleh singgah ke Caversham Wildlife Park untuk merasai pengalaman dekat dengan haiwan Australia, atau ke Swan Valley Cuddly Animal Farm yang sesuai kalau travel dengan keluarga.

Kalau suka makanan dan minuman lokal, boleh explore tempat seperti Whistler’s Chocolate Co & Café, Yahava Koffeeworks dan House of Honey. Semua dalam satu kawasan, senang nak plan satu hari tanpa rushing.
Nak tambah aktiviti santai, Whiteman Park pula sesuai untuk cycling, picnic dan ambil gambar dengan suasana hijau yang luas.
Margaret River raikan pencinta alam & pengalaman lokal

Untuk yang suka alam semula jadi, Margaret River memang wajib masuk itinerari.
Boleh explore Ngilgi Cave yang unik, jalan santai di Busselton Jetty yang ikonik atau nikmati pemandangan di Cape Leeuwin Lighthouse.

Kalau datang antara Jun hingga Disember, ada peluang untuk whale watching, satu pengalaman yang bukan selalu dapat.
Selain itu, kawasan ini juga terkenal dengan pengalaman farm stay dan local produce, sesuai untuk yang nak rasa suasana lebih tenang dan ‘slow travel’.
The Kimberley, pengalaman epik yang lain daripada biasa

Kalau nak sesuatu yang lebih adventure dan rare, The Kimberley adalah antara lokasi paling unik di Western Australia.
Antara highlight di sini termasuk Bungle Bungle Range di Purnululu National Park dengan formasi batu yang sangat ikonik, serta pengalaman scenic flight untuk lihat landskap dari udara.

Selain itu, Horizontal Falls, El Questro Wilderness Park dan Lake Argyle menawarkan pengalaman alam semula jadi yang memang sukar nak jumpa di tempat lain.
Australia’s Golden Outback, pemandangan luar biasa

Bagi yang suka pemandangan ‘once in a lifetime’, kawasan seperti Cape Le Grand National Park, Esperance memang tak mengecewakan.
Pantai seperti Lucky Bay terkenal dengan pasir putih dan air biru jernih, malah ada kangaroo yang boleh dilihat di tepi pantai.

Cape Le Grand National Park, Western Australia pula sesuai untuk hiking ringan dengan view yang sangat cantik, manakala Wave Rock menawarkan formasi batu semula jadi yang unik.
Pengalaman ‘Only in Western Australia’ yang wajib cuba
Western Australia juga terkenal dengan beberapa pengalaman yang memang eksklusif.
Antaranya termasuk bergambar dengan quokkas di Rottnest Island, melihat fenomena pink lakes dan menikmati pemandangan kangaroo di pantai.
Kalau datang antara Ogos hingga Oktober, musim wildflower akan ubah landskap jadi penuh warna, memang cantik untuk konten dan fotografi.
Selain itu, budaya road trip di sini juga antara yang terbaik. Laluan pemanduan selamat, pemandangan scenic dan paling penting, tak perlu tukar lesen antarabangsa untuk memandu di sana.
Lebih selesa dengan pengalaman servis penuh Malaysia Airlines
Selain destinasi, perjalanan juga memainkan peranan besar dalam keseluruhan pengalaman travel.
Dengan Malaysia Airlines, korang boleh menikmati servis penuh yang buat perjalanan lebih selesa dari awal hingga mendarat.
Semua tambang Economy Class didatangkan dengan 20kg bagasi daftar masuk, jadi tak perlu risau kalau nak bawa lebih barang.
Sepanjang penerbangan, penumpang boleh menikmati hidangan dalam pesawat termasuk pilihan ‘Chef-on-Call’ buat mereka yang berada di Business Class terpilih dan menu ‘Best of Asia’ untuk pengalaman makan yang lebih personal.
Ditambah pula dengan Layanan Malaysian Hospitality yang mesra membuatkan perjalanan terasa lebih tenang dan premium.
Tempah terus untuk lebih banyak kelebihan

Kalau korang jenis nak travel tanpa pening kepala, memang berbaloi book terus dengan Malaysia Airlines.
Lagi best, kalau korang jadi ahli Enrich sebab boleh terus nikmati tambahan 5% diskaun dan kalau belum daftar, jangan risau, memang percuma je!
Bukan tu je, antara kelebihan lain yang buat trip korang lagi smooth:
Pertama, refund lebih mudah kalau permohonan visa tak lulus. Maksudnya, kalau tiba-tiba visa kena reject, korang tak perlu risau hangus duit tiket. Proses refund lebih straightforward, jadi risiko kewangan pun lebih rendah.
Kedua, korang boleh customise perjalanan ikut citarasa sendiri. Dari seat pilihan sampai ke meal dalam flight, semua boleh set awal-awal ikut preference. Nak aisle seat? Nak makanan khas? Semuanya boleh dipilih.
Ketiga, kalau nak upgrade pengalaman, korang boleh jimat untuk add-ons macam seat selection. Lebih selesa, lebih premium tanpa perlu berbelanja terlalu banyak.
Keempat, ada juga tambang khas untuk kanak-kanak, sesuai sangat kalau nak bawa family sekali bercuti tanpa rasa terbeban.
Dan paling underrated tapi sangat berguna, unlimited complimentary rebooking bila pilih Flex fares. Ini memang game changer. Kalau tiba-tiba plan berubah, korang boleh tukar tarikh perjalanan tanpa had (tertakluk pada terma), jadi lebih fleksibel dan tak stress.
Senang cerita, semuanya lebih fleksibel dan kurang risiko. Exactly apa yang kita nak bila travel.
Lagi menarik, sekarang korang boleh terbang terus ke Perth dengan 14 kali penerbangan seminggu. Nak plan short getaway atau long trip pun lebih mudah!
Paling penting, pengalaman yang bakal korang nikmati menerusi Malaysian Hospitality yang ditawarkan Malaysia Airlines dari segi layanan penuh perhatian dan servis yang mesra buat perjalanan rasa lebih selesa dari mula sampai landing!
Dengan penerbangan terus yang kerap dan servis penuh daripada Malaysia Airlines, mungkin ini masa untuk upgrade cara korang travel.
Tempah sekarang melalui laman rasmi Malaysia Airlines di malaysiaairlines.com atau aplikasi mudah alih untuk nikmati tawaran eksklusif. Tertakluk pada terma dan syarat.
The post Lebih Dekat Daripada Disangka, Ini Sebab Western Australia Makin Jadi Pilihan Traveller first appeared on OHBULAN!.





