Anak perempuan kepada pelakon veteran, Jalil Hamid iaitu Afiqah berkongsi antara momen bersama Allahyarham sebelum dijemput Ilhahi.
Artikel Berkaitan: Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur
Tak dapat tunaikan haji

Ketika ditemui , Afiqah yang merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik, berkongsi ayahnya terkilan tidak dapat menunaikan rukun Islam yang kelima.
Tambah Afiqah, kursus haji telah dilaksanakan namun hasrat tidak dapat diteruskan susulan daripada masalah kesihatan.
Tahun lepas tak dapat pergi, ibu saja pergi sorang. Tahun ini pula, ayah dah pergi kursus haji tapi tak dapat sebab masalah jantung.
Dia agak tertekan juga lah sebab tak dapat pergi. Kami cuba pujuk, mungkin belum rezeki. Tapi saya tahu dia sedih tak dapat tunaikan haji. Itulah hasrat terbesar, dia nak pergi tunaikan haji.
Afiqah berkata demikian ketika ditemui di Masjid Munawwarah, Shah Alam, pada Isnin.
Berkongsi lebih lanjut, Afiqah meluahkan rasa syukur apabila dapat menghabiskan momen terakhir bersama Allahyarham sebelum pergi selamanya.
Saya bersyukur sebab sempat ada momen dengan ayah. Walaupun kami selalu berbalah, tapi jauh di sudut hati, saya hargai dia. Bila fikir balik, saya rasa bersyukur sebab dia tahu kami sayang dan hargai dia.
Untuk rekod, Allahyarham Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari.
Berita pemergian figura seni berusia 69 tahun itu dikongsikan anaknya menerusi media sosial. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar.
Sepanjang hayat, Allahyarham dikenali sebagai pelakon, penyanyi dan pelawak. Antara pencapaian membanggakan termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-13 menerusi filem Baginda serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Anugerah Skrin 2016 bagi naskhah Calon Syurga.
The post Anak Dedah Jalil Hamid Kecewa , Hasrat Tunaikan Haji Terbantut – ‘Dah Pergi Kursus Tapi Tak Dapat Teruskan’ first appeared on OHBULAN!.





