25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jenazah Jalil Hamid Selamat Dikebumi

    Shopee Sale

    Allahyarham Jalil Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam sekitar 6:30 petang hari ini.

    Artikel Berkaitan: Anak Dedah Jalil Hamid Kecewa , Hasrat Tunaikan Haji Terbantut – ‘Dah Pergi Kursus Tapi Tak Dapat Teruskan’

    Selamat dikebumikan

    Majlis pengebumian berlangsung dalam suasana tenang dan penuh hiba dengan kehadiran kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-mara yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

    Turut kelihatan sahabat seindustri arwah yang hadir menziarahi buat kali terakhir.

    Antara selebriti yang hadir termasuklah Datuk M.Nasir, Tam Spider, Sabri Yunus dan ramai lagi.

    MENARIK:  8 Bulan Hilang..Mayat Tanpa Kepala, Kaki & Tangan Dipotong, Dibuang Dalam Tong Sampah Rupanya Milik Cikgu Istiqomah

    Selain itu, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Finas Datuk Han Isaac dan Datuk Azmir Saifuddin Mutalib turut hadir ke tanah perkuburan.

    Jenazah Allahyarham dimandikan dan disolatkan di Masjid Munawwarah, Shah Alam sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

    Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari.

    The post Jenazah Jalil Hamid Selamat Dikebumi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah