30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Walaupun Fatin Tak Pernah Menang Sebarang Anugerah, Tapi Dia Menang Sebagai Isteri & Ibu’ – Opai

    Shopee Sale



    Opai

    Pempengaruh Opai memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri menghalang isterinya, Fatin Afeefa daripada terus bergiat aktif sebagai pelakon dan penyanyi.

    Isteri & ibu terbaik

    Opai

    Opai atau nama sebenar Aliff Awang, 31, berkata, dia lebih seronok melihat Fatin duduk di rumah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.

    Kata Opai, tugas menyara keluarga terletak pada bahunya sebagai ketua rumah tangga.

    Saya rasa lebih baik seorang isteri duduk dekat rumah dan besarkan anak-anak. Fatin juga merupakan ibu yang menakjubkan.

    Walaupun dia tidak pernah menang sebarang anugerah dalam industri, tetapi setiap hari dia menang sebagai isteri dan ibu terbaik.

    Semestinya saya sangat gembira dia duduk di rumah. Siapa sahaja tidak suka apabila setiap hari dilayan seperti raja, sediakan makanan, buat kopi dan mendengar arahan kita sahaja?

    Tidak perlulah dia kembali (ke industri). Bukannya dia bayar rumah ataupun bil. Itu semua saya yang selesaikan. Jadi, isteri tidak perlu bekerja.

    Tanggungjawab ketua keluarga

    Sementara itu, Opai mengakui masih banyak perlu dipelajari untuk memikul tanggungjawab sebagai suami serta bapa.

    Saya masih banyak lagi perlu belajar jadi seorang suami yang terbaik, kalau ada yang puji, saya hanya ucap alhamdulillah. Tidak perlu nak idolakan saya.

    Imbas kembali, Opai mendirikan rumah tangga dengan bekas selebriti, Fatin Afeefa pada Disember 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Jibril.

    MENARIK:  Bayaran Tertangguh, Zahiril Adzim Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Produksi Hadapi Masalah Kewangan – ‘Seharian Kami Makan Menu Sardin’

    Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.

    Bahkan, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah