Penyanyi, Nadeera mendapati wujud salam faham dalam kalangan wargamaya berhubung kenyataannya yang pernah dimarahi Mas Idayu ketika menjalani sesi latihan program Vokal Bukan Sekadar Rupa sekitar 2012.
Artikel Berkaitan: ‘Mas Idayu Ambil Buku Lirik Saya, Dia Campak’ – Nadeera
‘Jangan sekadar baca tajuk’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Nadeera, 32, meminta orang ramai membaca kenyataan penuh dan memahami keseluruhan konteks yang ingin disampaikan.
Minta netizen tolong baca dan fahamkan penyampaian saya, jangan sekadar baca tajuk sahaja.
Dalam pada itu, pelantun lagu Bukan Lagi Kita menegaskan, Mas Idayu banyak memberi ilmu dan didikan kepadanya untuk menjadi penyanyi yang berdisiplin.
Kerena ketegasan Mas Idayu lah saya jadi lebih berdisiplin dalam nyanyian dan dia juga lah antara insan yang sentiasa memberikan saya sokongan dari awal penglibatan dalam bidang seni.
Terdahulu, Nadeera mengakui antara kenangan yang tidak dapat dilupakan sewaktu menyertai Vokal Bukan Sekadar Rupa adalah insiden dimarahi oleh Mas Idayu yang merupakan salah seorang juri dan tenaga pengajar dalam program tersebut.
Kata Nadeera, Mas Idayu pernah mencampak buku lirik miliknya dan mengalau keluar bilik latihan disebabkan gaya nyanyianya meniru sebiji penyanyi asal.
Sumber: Instagram
The post Nadeera Minta Netizen Jangan Salah Faham Insiden Dimarahi Mas Idayu – ‘Ketegasan Mami Jadikan Saya Berdisiplin’ first appeared on OHBULAN!.





