Pelakon Zul Ariffin menganggap pencalonan dan anugerah sekadar bonus dalam perjalanan kerjaya seorang anak seni.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Yang Tinggal Zul Sebab Tak Serasi Bersama’ – Abby Abadi Bidas Komen Netizen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Zul Ariffin Ada Aura Yang Menggerunkan, Dia Tak Buat Apa Pun.. Tapi Semua Akan Pandang’ – Aedy Ashraf
Tak tercalon FFM 35

Ketika ditemui , Zul, 39, berkata, pengiktirafan menerusi anugerah bukanlah matlamat utama yang ingin dicapainya.
Tambah Zul, dia hanya bersyukur apabila masih diberikan kepercayaan oleh pihak produksi dan menerima sokongan penonton terhadap karya lakonannya.
Bagi saya, pencalonan dan anugerah merupakan bonus dalam kerjaya seseorang pelakon. Bukan matlamat utama kita berada dalam industri ini.
Perkara paling penting adalah memberikan persembahan terbaik dan menghasilkan karya untuk tontonan serta hiburan masyarakat.
Apatah lagi sekarang semakin ramai pelakon generasi baharu muncul dalam industri. Pada usia saya sekarang, apabila masih ada pihak produksi yang mahu mendapatkan khidmat saya dan penonton masih menerima hasil kerja saya, itu sudah cukup membuatkan saya bersyukur.
Zul berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana Pemuja Syaitan yang berlangsung di KLCC, sebentar tadi.
Mengulas mengenai namanya yang tidak tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM 35), Zul akui soal pencalonan berada di luar bidang kuasanya.
Soal pencalonan pula berada di luar bidang kuasa saya. Bukan saya seorang sahaja yang tidak tercalon. Ramai lagi pelakon hebat yang tidak dicalonkan.
Jadi, saya sendiri tidak tahu bagaimana proses penilaian dilakukan. Setiap orang mempunyai cara penilaian dan pertimbangan masing-masing.
Tak kejar anugerah

Dalam pada itu, pelakon utama Filem Pemuja Syaitan itu turut menegaskan bahawa dirinya tidak pernah menjadikan anugerah sebagai sesuatu yang dikejar dalam kerjaya seni.
Menurut Zul, perkara yang lebih penting baginya adalah memastikan mutu kerja sentiasa bertambah baik dari semasa ke semasa.
Saya tak kejar anugerah.
Bukan bermakna saya tidak menghargai anugerah, tetapi apa yang saya kejar ialah peningkatan mutu kerja dari semasa ke semasa.
Kalau kita terlalu mengejar anugerah, itu sebenarnya boleh menjadi resipi untuk mengecewakan diri sendiri.
Memang seronok dan sangat mengujakan bila dapat anugerah. Pengiktirafan itu memberikan motivasi serta menyuntik semangat baharu kepada kita.
Tetapi selepas menerima anugerah, kita tetap perlu memperbaiki hasil kerja.
The post [VIDEO] Zul Ariffin Tak Kejar Anugerah, Tak Tercalon FFM 35 Bukan Isu – ‘Yang Penting Beri Persembahan Terbaik’ first appeared on OHBULAN!.





