Pelakon Yusuf Bahrin akui belum terfikir untuk mencari pasangan hidup selepas bergelar duda sebaliknya memilih untuk fokus pada kerjaya.
Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin ‘Belanja’ Badan Selepas Cerai, Netizen Komen ‘Nombor 2 Hensem Selepas Zul Ariffin’
Artikel Berkaitan: ‘Suka Cakap Tanpa Selidik.. Bila Tuduh Jadi Fitnah’ – Yusuf Bahrin Jawab Dakwaan Wujud Orang Ketiga
Duda ‘hot’

Ketika ditemui , Yusuf, 34, berkata, dia tidak mahu soal percintaan mengganggu fokusnya terhadap perkara yang sedang diusahakan ketika ini.
Tambah Yusuf, dia tidak meletakkan sebarang sasaran untuk kembali berumah tangga sebaliknya memilih untuk menikmati kehidupannya ketika ini tanpa terburu-buru mencari pengganti.
Yang mendekati saya menjauhi. Saya belum berfikir ke arah mencari pasangan. Saya tak mahu ganggu fokus dengan apa yang saya sedang usahakan.
Saya hanya fokus pada karier berlakon, berniaga dan keluarga.
Kalau ke arah untuk percintaan, belum lagi. Saya juga tak letak target, hanya nikmati hidup yang sekarang.
Yusuf berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengambaran drama TV3, Perempuan Sesudah Lafaz di UniKL, pada Selasa.
Mengulas lanjut susulan statusnya, Yusuf menganggap gelaran ‘Duda Hot’ sekadar gurauan dan tidak mempunyai masalah untuk menerimanya selagi tidak keterlaluan.
Gelaran itu saya rasa mereka bergurau saja.
Saya terima saja, selagi tidak melampaui batas. Nak bergurau, saya okey cuma jangan sampai melebih.
Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021.
Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan sah bercerai dengan talak satu secara raji’e pada 2 April.
The post [VIDEO] Yusuf Bahrin Tak Kisah Digelar Duda ‘Hot’ – ‘Asalkan Tak Melampaui Batas’ first appeared on OHBULAN!.





