Seorang wanita meluahkan kebimbangan suaminya dijangkiti Human Immunodeficiency Virus (HIV) selepas mendakwa lelaki itu berlaku curang.
Artikel Berkaitan: Wanita Hamil Dakwa Suami Curang Dengan Pelajar – ‘Aku Kerja Jauh, Balik Jumpa Baju Perempuan Dalam Beg Dia’
Artikel Berkaitan: Wanita Dedah Suami Curang Dengan ‘Office Wife’ – ‘Perempuan Tu Mengaku Gugurkan Anak Hasil Zina’
Suami kantoi check in

Menerusi hantaran di Threads, wanita itu mendakwa suaminya telah melakukan hubungan sulit selepas dipercayai mendaftar masuk ke sebuah penginapan pada 4 Oktober lalu.
Namun beberapa hari selepas itu, dia dan suaminya pula melakukan hubungan intim tanpa menggunakan kondom.
Suami kantoi check in pada 4/10 dan 12/10 kami bersama tanpa kondom.
Bagaimanapun, wanita berkenaan mengakui bimbang sekiranya suaminya dijangkiti HIV, lebih-lebih lagi dia masih menyusukan anak mereka.
Sekarang aku takut kalau dia dijangkiti HIV, aku menyusu anak aku.
Susulan itu, dia turut meminta pandangan orang ramai sama ada perlu menghentikan penyusuan badan atau membawa anaknya ke unit kecemasan bagi memastikan keselamatan si kecil.
Tolong aku nak selamatkan anak aku. Aku kena buat apa sekarang?
Berhenti menyusu anak atau bawak pergi kecemasan? Tolong aku nak selamatkan masa depan anak aku je sekarang ni.
Warganet nasihat

Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati wanita itu agar segera membuat pemeriksaan di pusat perubatan. Mereka turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Sumber: Threads
The post Suami Kantoi ‘Check In’, Wanita Bimbang Dijangkiti HIV – ‘Aku Masih Menyusu Anak’ first appeared on OHBULAN!.





