Penyanyi Indonesia, Cakra Khan menggunakan medium media sosialnya untuk terus bersuara mengenai isu penceramaran alam sekitar iaitu jerebu yang kian merunsingkan ketika ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Oksigen Di Singapura & Malaysia Juga Datang Dari Hutan Kami’ – Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Bersuara Isu Jerebu, Persoal Tindakan Kerajaan Indonesia
Cakra bersuara

Menerusi hantaran di Threads, Cakra atau nama lengkapnya Cakra Konta Paryaman, 34, meluahkan rasa bimbang terhadap isu berkenaan.
Dalam masa yang sama, Cakra juga menyelar tindakan segelintir pihak yang didakwa tidak bertanggungjawab dan rakus menghancurkan alam sekitar.
Ketika ekosistem alam sudah terlalu hancur, yang akan paling merasakan adalah kita masyarakat biasa.
Bagi golongan kaya yang tamak dan pemimpin yang korup, mereka mampu mencari jalan melepaskan diri daripada kemusnahan alam sekitar. Kita tidak.
Selain itu, pelantun lagu Kekasih Bayangan tersebut turut meminta orang ramai agar memberikan perhatian terhadap isu berkenaan yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan masyarakat, malah turut memberi kesan kepada hidupan liar di hutan.
Bangkitlah, bersuara dan selamatkan bumi, hidupan liar serta kehidupan kita sendiri sebelum semuanya terlambat.
Seru kerajaan

Bukan itu sahaja, Cakra juga menyeru kerajaan Indonesia agar bertanggungjawab terhadap pencemaran tersebut, susulan ia telah menjejaskan beberapa negara lain termasuk Malaysia.
Kerajaan, lihatlah ini semua, rakyatmu ini. Asapnya sudah sampai mengganggu saudara-saudara kita di negara jiran.
Kasihan mereka yang terkena kesan semua ini, kekal selamat buat semua yang terkena musibah, yang dibuat oleh orang bodoh dan tidak bertanggungjawab.
Sumber: Threads
The post ‘Kerajaan, Lihatlah Ini Semua..Asapnya Sudah Mengganggu Saudara Kita Di Negara Jiran’ – Cakra Khan first appeared on OHBULAN!.





