Berjaya mempamerkan lakonan yang mantap dalam filem Khadam, nama pelakon remaja, Zarra Zhaff dan adiknya, Karl’ El menjadi bualan ramai.
Artikel Berkaitan: Filem ‘Khadam’ Bakal Setaraf Karya Antarabangsa
Artikel Berkaitan: Pengarah Khadam Dedah Aghniny Haque Datang Malaysia Seorang Diri Tanpa PA & Pengurus – ‘Zero Diva’
Bangga
View on Threads
Bangga dengan pencapaian itu, Nurazah Jamil yang dipercayai ibu saudaranya, menzahirkan rasa syukur apabila Zarra semakin menunjukkan perkembangan positif dalam kerjaya seninya.
Sungguh berbangga melihat anak saudara saya sendiri semakin dikenali dan mengorak langkah dalam industri lakonan.
Mummy long (nama panggilan Nurazah) sentiasa doakan yg terbaik untuk kakak dan adik.
Dalam pada itu, Nurazah turut menitipkan doa agar Zarra dan adiknya terus melakar kejayaan dalam industri seni selain mampu menampilkan lakonan yang lebih mantap pada masa akan datang.
Semoga setiap langkah dipermudahkan, rezeki semakin luas, bakat terus berkembang dan nama terus bersinar dalam industri seni.
Jangan pernah berhenti berusaha, terus merendah diri walau setinggi mana kakak pergi. Semoga kejayaan hari ini menjadi permulaan kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.
Terdahulu, Zarra tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, manakala Karl’ turut menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM 35) menerusi filem Khadam.
Untuk rekod, Zarra dan adiknya, Karl’membawakan watak sebagai pasangan adik-beradik dalam filem Khadam, masing-masing sebagai Puteh dan Hitam.
Berlatar tahun 1950-an, Khadam mengikuti perjalanan Melor yang dimainkan oleh pelakon Indonesia, Aghniny Haque, seorang ibu yang berusaha melindungi keluarganya daripada saka yang telah lama diwarisi turun-temurun.
Sumber: Threads
The post Ramai Puji Lakonan Zarra Zhaff & Karl’ El Dalam Filem Khadam, Memang Menjadi! first appeared on OHBULAN!.





