Penerbit, Datuk A.Aida menerima dengan hati terbuka apabila filem terbitannya, Bisikan Nafsu kurang mendapat sambutan daripada penonton.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] A.Aida Minta Jangan Cepat Hukum ‘Bisikan Nafsu’ – ‘Tiada Adegan Daring Melampau, Banyak Pengajaran’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azeva Mohon Maaf Penampilan Mencolok Mata Dalam Bisikan Nafsu – ‘Saya Mengaku Seksi’
Reda
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 56, bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila runut bunyi filem itu yang dinyanyikan anaknya, Azeva meraih sambutan hangat dalam kalangan ramai.
Filem Bisikan Nafsu tidak berjaya menarik penonton tapi saya reda sahaja.
Allah belum nak bagi rezeki tapi allhamdulillah lagu tema Tanpa Rasa Jemu mendapat sambutan.
Berkongsi lanjut, A.Aida berkata perjalanan sebagai pembikin filem ada pasang surutnya dan memerlukan keberanian untuk mengambil risiko.
Pun begitu, A.Aida menghargai setiap sokongan yang diterima terhadap filemnya.
Buat filem macam tulah kita kena ‘gamble’ dan tidak boleh menaruh harapan.
Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan pada yang tak memberi sokongan pun terima kasih juga.
Sumber: Threads
The post ‘Filem Bisikan Nafsu Tidak Berjaya Tarik Perhatian Penonton Tapi Saya Reda’ – A.Aida first appeared on OHBULAN!.





