Pelakon, Mierul Aiman meraih pujian netizen kerana memiliki gaya pertuturan yang tersusun serta cara komunikasi yang profesional setiap kali berhadapan dengan sesi temu bual.
Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Bangga Guna Produk Tempatan – ‘Setanding Antarabangsa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mierul Aiman Tak Anggap Barisan Pelakon Sebagai Pesaing – ‘Ini Bukan Permainan Solo, Tapi Sebuah Pasukan’
Nampak profesional

Menerusi perkongsian di Threads, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap kebolehan pelakon itu menyampaikan pandangan dengan susunan ayat yang kemas, sekali gus memperlihatkan pembawaan dirinya yang matang dan berilmu.
Menjengah ke ruangan komen, netizen menyifatkan Mierul sebagai seorang individu yang petah berbicara dan bijak menyusun kata-kata ketika berhadapan dengan khalayak.
Malah, cara pelakon itu menjawab setiap soalan dengan tenang dan jelas itu turut membuatkan segelintir netizen kagum, seolah-olah dia mempunyai bakat dalam bidang komunikasi.
Dalam pada itu, latar belakang pendidikan pelakon itu turut menjadi perhatian apabila dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Selangor (UNISEL), sekali gus mencerminkan dirinya sebagai seorang pelakon yang bukan sahaja berbakat, malah berilmu.
Untuk rekod, Mierul mula mencuri perhatian menerusi penyertaannya dalam program pencarian bakat Hero Remaja 2021 sebelum dinobatkan sebagai juara.
Dia kemudiannya mengembangkan kerjaya dalam bidang lakonan pada 2023 menerusi watak Fakhri dalam drama Projek: High Council yang berjaya mendapat perhatian penonton.
Sejak itu, Mierul terus aktif dalam industri seni tanah air dan membintangi pelbagai projek lakonan.
Kebolehannya membawa watak di layar kaca, ditambah pula dengan kebolehan komunikasinya yang baik ketika ditemu bual, menjadikan Mierul antara pelakon yang mendapat perhatian peminat.
Sumber: Threads
The post Cara Mierul Aiman Berkomunikasi Raih Pujian Netizen – ‘Dah Lah Handsome, Bijak Pula’ first appeared on OHBULAN!.





