28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Yonnyboii Pernah Jadi Mangsa Buli, Tradisi Asrama Perlu Dihentikan – ‘Sampai M*ti Saya Akan Ingat’

    Shopee Sale

    Penyanyi Yonnyboii mendedahkan pernah menjadi mangsa buli kerana karakternya yang dikatakan lemah bagi figura seorang lelaki.

    Artikel Berkaitan: Impian Yonnyboii Bekerja Dengan Malique Tercapai, ‘Tanya Tuhan’ Jadi Taruhan

    MENARIK:  Cheta Pot Pet Percaya Masa Akan Pulihkan Hubungan Dengan Ifa Raziah – ‘Sebak & Rindu, Sebab Kami Rapat’

    Artikel Berkaitan: ‘Memang Ada Patah & Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina’ – Peguam

    Mangsa buli

    " data-video-id="7537274435494006034" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @hotfm976_

    “Yang membuli akan lupa apa yang dia pernah buat, tapi yang dibuli akan ingat seumur hidup apa yang dia pernah tanggung, malah kesan mental yang sangat teruk..” Guys, sahut seruan ini, #HotFMBenciBULI . Hentikan jenayah ini. Laporkan jika ada gejala buli di sekitar anda. Dan awasi setiap apa yang berlaku kepasa anak-anak kita ❤ #HotFM #BekpesHot #HotfmBenciBuli #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ

    ♬ The melody that appears and disappears beyond regret(1173664) – naopapa

    Menerusi sesi temu bual di Hot FM, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 27, berpendapat pembuli memilih individu lemah sebagai sasaran.

    Susulan itu, Yonnyboii meluahkan rasa kecewa apabila isu ini tidak diambil tindakan kerana dianggap budaya hidup dalam asrama.

    Saya senang jadi sasaran buli sebab saya lemah. Perkara ini disukai oleh pembuli.

    Ianya tidak menyeronokkan. Sebab buli, saya perlu pindah randah banyak sekolah.

    Yang menyedihkan lagi, orang tidak ambil tindakan sebab anggap ianya perkara biasa.

    Perkara ini terjadi ketika saya dalam asrama juga dan dianggap tradisi.

    Warden pun tak anggap itu hal besar kerana merasakan itu cara budak-budak.

    ‘Saya ingat sampai mati’

    Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Salahku’ itu akui sukar untuk melupakan trauma yang dilaluinya sebagai mangsa buli.

    Saya jumpa balik orang yang membuli saya.

    Apa yang saya perasan, mereka lupa apa yang mereka pernah buat.

    Saya tak minta mereka datang dan mohon maaf pun. Cuma saya sedih, mereka seolah macam tiada rasa insaf.

    Sampai mati saya akan ingat perkara ini. Bukan sebab kita nak ungkit, tapi ianya kekal dalam otak.

    Pada akhir perkongsian, Yonnyboii berharap agar pihak atasan segera mengambil tindakan mengenai isu buli kerana ianya meninggalkan kesan buruk pada individu.

    Sumber: TikTok @HotFM976

    The post [VIDEO] Yonnyboii Pernah Jadi Mangsa Buli, Tradisi Asrama Perlu Dihentikan – ‘Sampai M*ti Saya Akan Ingat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah