29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Watie Pernah Berpesan Pada Talita Kena Tunjuk Minat Kalau Nak Jadi Penyanyi – ‘Sekarang, Dekat Semua Tempat Dia Ajak Menyanyi’

    Shopee Sale



    Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi pernah berpesan kepada anak tirinya, Talita untuk menunjukkan usaha sekiranya benar-benar mempunyai minat yang mendalam untuk bergelar penyanyi.

    Minat kena tunjuk

    Menurut pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, untuk bergelar seorang selebriti banyak usaha yang perlu dilakukan supaya dapat membuahkan hasil.

    Antaranya adalah dengan melakukan praktis nyanyian dan mendengar banyak lagu tidak kira di mana jua berada.

    Dulu mummy selalu cakap, ‘Talita kalau awak nak jadi penyanyi, awak kena tunjukkan minat yang betul-betul nak jadi penyanyi’.

    Contohnya, kena selalu dengar banyak lagu, tahu banyak lagu, kena selalu menyanyi.

    Kalau duduk dapur pun kena menyanyi, duduk dalam bilik air menyanyi, duduk dalam kereta dengar lagu pun menyanyi.

    Akur dengan pesanan Watie, Talita dilihat tidak henti berlatih nyanyian vokal dengan mendendangkan pelbagai lagu termasuk lagu arwah ibunya, Siti Sarah.

    MENARIK:  FUGO Lancar Album 99 Teroka Lirik Bahasa Melayu, Bakal Jelajah 5 Negeri!

    Sungguhpun begitu, Watie berseloroh terpaksa meminta Talita supaya berhenti menyanyi kerana terlalu penat mendengar setiap hari.

    Sekarang bila sudah terlampau minat menyanyi, dekat semua tempat dia ajak menyanyi.

    Sampai kadang-kadang mummy terpaksa cakap ‘Talita sudahla tu, diam sekejap boleh tak? Mummy sudah pening’.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah