Rata-rata menghabiskan lebih daripada 10 tahun dalam dunia pekerjaan namun masih ada yang mendapati simpanan masih tidak mencukupi walaupun sudah lama bekerja.
Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Tak ‘Makan’ Duit Anak-Anak, Pilih Segera Buat Simpanan – ‘Titik Terendah Macam Mana Pun ..’
Artikel Berkaitan: Uyaina Buka Akaun Simpanan Untuk Anak – ‘Kalau Celik Kewangan, Kita Boleh Buat Macam-Macam Untuk Masa Depan Mereka’
Simpanan tidak mencukupi

Fenomena ini bukan sekadar isu disiplin kewangan individu, tetapi juga mencerminkan tekanan kos hidup, gaya hidup yang berubah, serta kurangnya perancangan kewangan jangka panjang.
Memetik laporan UPM, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan simpanan seseorang individu masih belum mencukupi meskipun telah bekerja lebih daripada 10 tahun.
- Tiada perancangan kewangan
Penetapan matlamat amat penting untuk meningkatkan motivasi kita konsisten membuat simpanan wang.
Jika individu tiada perancangan kewangan peribadi, sukar untuk menetapkan matlamat simpanan dan melaksanakan strategi yang berkesan untuk mencapainya.
- Tidak tahu aliran tunai
Tidak meneliti aliran wang keluar semasa berbelanja juga merupakan kesan dari pengurusan kewangan yang lemah.
Tanpa perbelanjaan yang teratur, mudah bagi individu membelanjakan wang tanpa menyedari baki yang boleh disimpan.
- Berbelanja melebihi kemampuan
Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal atau pembelian barangan mewah yang tidak perlu boleh mengakibatkan hutang yang tinggi.
Kesan kepada perkara ini boleh menghalang keupayaan individu untuk membuat simpanan.
- Kurang atau tiada ilmu kewangan
Kurang pengetahuan tentang ilmu pengurusan kewangan juga merupakan faktor seseorang itu tidak memberi keutamaan kepada aktiviti menabung.
Ramai pakai kewangan berpendapat, perkara asas untuk membuat simpanan adalah, ‘simpan dulu baru belanja’ .
Masalah simpanan yang kosong tidak berlaku secara tiba-tiba, tetapi terbentuk daripada tabiat kewangan yang berulang tanpa perancangan yang jelas.
Dengan kesedaran untuk mula merancang kewangan secara lebih teratur, seseorang masih berpeluang membina semula kestabilan kewangan.
Sumber: UPM
The post Dah Kerja Lebih 10 Tahun, Kenapa Simpanan Masih Tidak Mencukupi? Ini Puncanya first appeared on OHBULAN!.





