27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Wanita Kesal Ditinggal Suami Sebab Anak ‘Down Syndrome’

    Shopee Sale

    Seorang wanita yang dikenali sebagai Aisyah Elly meluahkan rasa kesal dengan tindakan bekas suami yang sanggup meninggalkan dirinya selepas melahirkan anak ‘down syndrome’.

    MENARIK:  35 Tahun Acer: Beli, Tebus & Menang, Hadiah RM150,000 Menanti Korang!

    Artikel Berkaitan: Atta Halilintar Sedih Netizen Cakap Ameena Down Syndrome – ‘Hairan Dengan Ibu Suka Mengata Anak Orang Lain’

    Bekas lelaki tak boleh terima?

    " data-video-id="7513105739330702598" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @transtvofficial

    Benarkah Aisyah Elly ditinggal suaminya karena menyesal punya anak down syndrome?😢 #rumpinosecrettranstv #transtv

    ♬ original sound – TRANS TV – TRANS TV

    Menerusi temu bual bersama Trans TV di Indonesia, Aisyah mendakwa bekas suaminya bukan sahaja lepas tangan malah menyesal kerana mempunyai anak kelainan upaya.

    Waktu itu sebenarnya dah tengah malam dan kami sedang buat sesi ‘deep talk’ sesama kami.

    Dia kata menyesal berkahwin dengan saya dan kalau tahu ada anak ‘down syndrome’ begini sudah tentu dia tak berkahwin dengan saya.

    Walau bagaimanapun, Aisyah yang mengetahui bahawa bekas suaminya mempunyai sejarah masalah kesihatan mental tidak pasti sama ada kata-kata dikeluarkan ketika lelaki itu sedang waras ataupun tidak.

    Dalam pada itu, Aisyah juga memaklumkan dia selalu menerima kata-kata yang kurang enak didengar oleh orang sekeliling terhadap anak istimewanya yang diberi nama Muhammad Al Fatih.

    Cuba rukyah anak kau ini, muka macam ini selalunya anak jin.

    Anak orang lain umur setahun dah boleh berjalan dah tapi kenapa dia belum boleh?

    Bercerita lanjut, Aisyah mendedahkan dia sudah pun bercerai dengan bekas suaminya pada 2023 selepas dia menangkap lelaki itu bertukar hantaran mesej yang tidak senonoh dengan rakan sekerja.

    Kini, Aisyah sudah pun mengahwini lelaki lain yang sangat menerima Al Fatih meski mempunyai kekurangan.

    YouTube

    Sumber: TikTok, YouTube

    The post [VIDEO] Wanita Kesal Ditinggal Suami Sebab Anak ‘Down Syndrome’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah