Seorang lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita.
Artikel Berkaitan: Guru Agama Didakwa Cabul 50 Pelajar, Buat Aksi Terkutuk Di Sebelah Bilik Isteri – ‘Dia WhatsApp Ajak Teman Tidur’
Artikel Berkaitan: Pendakwah Didakwa Cabul 5 Pelajar Lelaki, Umpan Bawa Sambung Belajar Ke Mesir
Kes cabul

Foto: Sinar Harian
Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh Muhammad Zamri Abdullah, 24, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Machang, Kelantan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang juga merupakan pekerja kilang dan berstatus duda anak satu itu telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 22 tahun.
Tindakan itu bermaksud tertuduh telah mencabul kehormatan mangsa di dalam kejadian yang berlaku di sebuah kilang pengedar makanan dan minuman di Batu Jong pada 3 Ogos lalu, jam 1.40 petang.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Hazim Aqiffullah Mohd Amran, manakala tertuduh pula diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norfaraliana Othman.
Ketika prosiding berlangsung, Ahmad Hazim menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, Norfaraliana memohon jumlah berkenaan dikurangkan berikutan tertuduh hanya berpendapatan sebanyak RM 1,700 sebulan selain mempunyai seorang anak.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000, namun perlu mengikuti syarat iaitu tidak boleh menghampiri mangsa serta saksi pendakwan.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.
Kes kemudian ditetapkan pada 11 Ogos ini bagi fakta dan hukuman.
Sumber: Sinar Harian
The post Pekerja Kilang Berstatus Duda Anak Satu Mengaku Bersalah, Guna Kekerasan Jenayah C*bul Wanita first appeared on OHBULAN!.





