32 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hasrat VBAC Tak Kesampaian, Intan Najuwa Pilih C-Section Demi Keselamatan Bayi

    Shopee Sale

    Hasrat pelakon, Datin Intan Najuwa untuk melahirkan anak kedua, Imane Laudya, secara Vaginal Birth After Cesarean (VBAC) tidak kesampaian apabila dia terpaksa menjalani pembedahan caesarean demi memastikan keselamatan bayinya.

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Timang Anak Kedua – ‘Selamat Datang Ke Dunia, Imane Laudya’

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Pelik Netizen Debat Isu Bangsa Gara-Gara Tanya Tips VBAC – ‘Bukan Pasal Nak Sangat Beranak Normal’

    C-sec

    Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata meskipun usia kandungannya sudah hampir mencecah 40 minggu tetapi kedudukan bayi tidak membenarkannya menjalani prosedur berkenaan.

    Saya tak berjaya untuk VBAC. Bayi saya sudah hampir 40 minggu tetapi kedudukannya tidak membenarkan saya meneruskan VBAC yang saya harapkan.

    Jadi akhirnya, kami memutuskan untuk meneruskan pembedahan Caesarean elektif secepat mungkin untuk memastikan bayi keluar dengan selamat.

    Kata Intan, dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan anaknya dapat dilahirkan menerusi kaedah VBAC, namun akhirnya akur dengan ketentuan ilahi.

    MENARIK:  ‘Saya Akan Menjiwai Identiti Jenama, Bukan Sekadar Angkat Gambar’ – Alif Satar Kongsi Prinsip Jadi Duta

    Pun begitu, Intan tetap bersyukur kerana segala urusan kelahiran berjalan lancar dan bayinya juga berada dalam keadaan selamat serta sihat.

    Saya sudah mencuba dan melakukan pelbagai perkara dengan harapan dapat menjalani VBAC tetapi pada akhirnya Allah telah merancang perjalanan terbaik untuk saya dan saya telah belajar untuk mempercayai rancangan-Nya.

    Alhamdulillah saya dikurniakan doktor terbaik dan semuanya berjalan lancar. Ibu dan bayi selamat, dalam keadaan sihat, itu sahaja yang penting.

    Hati saya penuh dengan rasa syukur. Alhamdulillah untuk semuanya.

    Terdahulu, Intan memaklumkan bahawa dirinya telah selamat melahirkan zuriat keduanya.

    Sebelum ini, Intan meluahkan hasrat mahu mencuba kaedah kelahiran VBAC bagi cahaya mata keduanya.

    Sumber: Instagram

    The post Hasrat VBAC Tak Kesampaian, Intan Najuwa Pilih C-Section Demi Keselamatan Bayi first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah