Penyanyi, Wani Kayrie gagal menahan sebak apabila dikurniakan rezeki bertemu orang baik di Tanah Suci, Mekah.
Artikel Berkaitan: Wani Kayrie Bangga ‘Cak Cak Cekuk’ Dipilih Untuk Persembahan Hari Merdeka – ‘Tengok Video Latihan Pun Saya Dah Meremang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wani Kayrie Gagal Kawal Emosi, Sebak Karya Dilabel Tidak Berkualiti – ‘Saya Tak Akan Dapat Puaskan Hati Semua Orang’
Solat sebelah mimbar nabi
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Syazwani Abdullah bersyukur atas rezeki dapat menunaikan solat di sebelah Mihrab dan Mimbar Nabi Muhammad SAW.
Tiba momen yang saya tunggukan.
Rezeki dapat solat di sebelah Tiang Aisyah, Mihrab dan Mimbar Nabi.
Usaha, doa dan tawakal.
Dalam hati cuma rasa sebak dan syukur yang mendalam.
Dapat sampaikan segala doa serta salam buat baginda dari semua yang mengirim.
Terima kasih Rasulullah SAW. Izinkan aku hadir ke rumah Mu. Sampai berjumpa lagi.
Usaha membuahkan hasil

Dalam pada itu, Wani berkongsi pengalaman berusaha untuk menunaikan solat di bahagian saf depan ketika berada dalam Raudhah.
Ujarnya, ianya tidak mudah namun pelantun lagu ‘Cak Cak Cekuk’ itu berkeras demi mendapatkan peluang berharga tersebut.
Masuk pintu Raudhah, semua dah mula berlari nak dapat saf depan.
Saya memikirkan macam mana nak solat ke bahagian depan. Pengawal sangat strict.
Rasa sedih sebab tak dapat bawa mama adik solat bahagian depan. Saya pun banyak kali dihalau cuma saya berkeras selagi tak dapat.
Rezeki Allah pertemukan saya dengan pengawal yang baik hati. Dia bagi saya lepas.
Sumber: TikTok @wanikayrie
The post [VIDEO] Wani Kayrie Sebak Dapat Solat Sebelah Mimbar Nabi, Rezeki Jumpa Pengawal Baik Dalam Raudhah first appeared on OHBULAN!.



#umrah2025

