27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM Pakistan doakan prosedur perubatan Anwar berjalan lancar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mendoakan agar pemeriksaan dan prosedur perubatan yang dijalani Perdana Menteri Anwar Ibrahim berjalan lancar serta dikurniakan kesihatan yang baik.

    Shehbaz berkata rakyat Pakistan turut bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Anwar.

    “Saya mendoakan saudara saya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, agar prosedur perubatan yang dijalaninya berjalan lancar serta beliau dikurniakan kesihatan yang baik.

    MENARIK:  Jika tak kerana ‘non reformatio in pejus’, hukuman Fifa pasti lebih berat

    “Semoga Allah SWT mempermudah urusannya dan membolehkan beliau kembali menjalankan tugas dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran di X hari ini.

    Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan bahawa Anwar sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.

    Anwar dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah