Kehadiran usahawan terkenal Datuk Seri Vida menziarahi pusara pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan bas persiaran di Gerik, Perak iaitu Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman meraih perhatian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Diterangi Cahaya Indah, Bau Wangi Semerbak Sebaik Melangkah’ – Vida Ziarah Pusara & Keluarga Arwah Nurly
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Menangis Sebak Ternampak Awan Seakan Kalimah Allah – ‘Subhanallah, Betapa Hebatnya Kuasa Allah’
Hanya konten?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkongsi komen yang diterima mengenai dirinya yang didakwa tidak mendidik anak perempuannya, Cik B dengan baik.
Ujarnya, dia berharap agar sempat melihat anak-anak menjadi insan hebat.
Aku mohon dengan rendah diri, jadikanlah anakku Cik B seperti arwah Nurly Syahirah.
Hidupnya yang penuh dengan cinta kepada Al-Quran, bibirnya sentiasa dibasahi kalam-Mu, hatinya lembut, bersih dan penuh nur keimanan.
Biarpun dunia ini penuh ujian dan kelalaian, pimpinlah anakku menuju jalan-Mu.
Dan andai aku tak sempat melihat dia jadi hebat, cukup kan aku dengan keyakinan bahawa dia akan terus menjadi saham akhirat buatku.
Komen netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji personaliti Cik B atau nama sebenar atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang sentiasa rendah diri dan sopan. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Cik B menutup aurat dengan sempurna.
Sumber: TikTok @empayardatoserivida
The post [VIDEO] Vida Mohon Doa Buat Cik B, Netizen Dakwa Hanya Konten Ziarah Arwah Nurly – ‘Anak Sendiri Tomboi’ first appeared on OHBULAN!.





