Semenjak menjadi fenomena, setiap gerak-geri pelakon Fattah Amin dan Amira Othman pastinya akan menjadi perhatian dan bualan warganet.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Tahu Amira Akan Pakai Warna Apa’ – Fattah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Akui Ada Persamaan Dengan Amira Othman – ‘Abang Long & Kak Long Susah Nak Ingat Nama & Nombor’
Naiki pesawat
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres Datin Seri Umie Aida, kelihatan Amira berpegangan tangan dengan penerbit terkenal Erma Fatima ketika mereka sedang beratur untuk memasuki pesawat.
Macam ini tau kita jaga madu.
Namun, yang menarik perhatian warganet adalah tindakan Fattah yang memegang beg milik pelantun lagu Hati-Hati itu.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Fattah kerana sudi membantu Amira selain geli hati melihat gelagat Erma.
Dalam masa yang sama, mereka turut senang melihat perhubungan yang terjalin di antara Fattah dan Amira.
Abang Long tolong pegangkan beg Kak Long ke?
Walaupun ada Irfan, Fattah yang tolong bawa beg Amira.
Sweet betul rakan sekerja tolong bawakan beg rakan sekerja dia.
Comel tolong pegangkan beg Kak Long, tapi gembira sangat tengok mereka berdua di kelilingi orang yang baik-baik.
Lucu betul Erma ni, balik Malaysia kena kahwin cepat-cepat.
Terdahulu, difahamkan Fattah bersama Amira, Erma, Umie, Remy Ishak, Nora Danish dan Bell Ngasri terbang ke New Zealand untuk menjalankan sesi penggambaran.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Fattah Amin Tolong Bawa Beg Amira Othman Sorot Perhatian Netizen – ‘Sweet Betul Rakan Sekerja Dia’ first appeared on OHBULAN!.





