28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ustazah Perjelas Maksud Potongan Ayat Surah Al-Ma’un, Nasihat Sentiasa Khusyuk Ketika Solat

    Shopee Sale

    Solat adalah tiang agama dan satu ibadah wajib dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Namun, Al-Quran sebenarnya ada memberi amaran ‘celaka’ kepada orang yang melaksanakannya.

    Ini adalah persoalan penting yang dikupas dalam satu perkongsian baru-baru ini.

    MENARIK:  Diana Rafar Islamkan Seorang Wanita, Mengalir Air Mata Luah Rasa Syukur

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tolong Jangan Tinggal’ – Fatin Nabila Perjelas Kebaikan Doa Iftitah Dalam Solat

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perut Tengah Lapar, Makan Dulu Ke Solat?’ – Dr Maza

    Ramai orang yang tersilap faham

    " data-video-id="7571594917554818311" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @nouraniinsani

    Hati yang khusyuk dalam solat. #muslimah #ceramahislam #ustazah #ibadah #nourani

    ♬ suara asli – Allginanjar – allginanjar

    Menerusi sebuah video di TikTok, pendakwah Ustazah Maryam menjelaskan maksud sebenar di sebalik ayat dalam Surah Al-Ma’un yang berbunyi ‘Celakalah bagi orang-orang yang solat’.

    Kita tanya kenapa Allah kata, ‘Celakalah bagi orang yang solat. Bukankah solat itu benda yang baik?

    Sebenarnya kita tidak memahami konteks ayat, jadi kita cuba baca lagi sambungan ayat tersebut. Allah sebut ‘Yang celaka itu, orang yang lalai dalam solatnya

    Tambahnya, amaran itu bukanlah untuk semua orang yang mengerjakan solat, tetapi khususnya ditujukan untuk mereka yang lalai.

    Mulut kita baca doa tapi kepala ligat fikir lauk apa nak masak. Tangan angkat takbir, tapi hati masih sibuk dengan dunia.

    Sedangkan waktu solat, adalah waktu yang paling dekat dengan Allah.

    Solat saat paling hampir antara hamba dengan Penciptanya

    Justeru, Ustazah Maryam menasihati orang ramai supaya menunaikan solat dengan khusyuk dan melakukan ibadah itu dengan sepenuh hati.

    Jadi kita cubalah lepas ni, masa kita sujud, kita sebut dalam hati. ‘Ya Allah, aku datang ni sebab nak jumpa-Mu. Nak jumpa Allah

    Sebab tu ulama sebut, orang yang jaga solat ni, Allah akan jaga hati dia. Tetapi orang yang lalai dalam solat, hati dia akan jadi keras. Jadi susah nak rasa tenang.

    Moga Allah jadikan kita semua bukan sekadar orang yang mendirikan solat, tetapi orang yang rasa nikmat bila kita sujud di dalam solat kita’.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Ustazah Perjelas Maksud Potongan Ayat Surah Al-Ma’un, Nasihat Sentiasa Khusyuk Ketika Solat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah