Pendakwah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias memberikan respon terhadap polemik melibatkan golongan agamawan yang dilihat turut terpalit susulan terdapat segelintir daripada mereka terbabit dengan pelbagai isu termasuk jenayah.
Artikel Berkaitan: Ustaz Kazim Elias Dedah Sukar Tidur Selama 15 Tahun, Perlu ‘Berpantang’ Ketika Berceramah
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Menangis, Hukuman Penjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Berkuat Kuasa Serta-Merta
Turut terkesan

Ketika ditemui , Ustaz Kazim mengakui terkesan dengan perkara tersebut, namun menegaskan bahawa kesalahan yang dilakukan mereka adalah bersifat individu dan tidak melibatkan keseluruhan golongan agamawan.
Bohonglah kalau saya kata sebagai ustaz dan penceramah tidak terganggu atau terkesan dengan hal ini. Memang sedih sebab ada yang ikhlas dan betul-betul buat kerja.
Tetapi kita tak boleh nak pukul rata dan perlu berdoa supaya dakwah, sekolah-sekolah agama dan tahfiz terus berjalan dan tidak terkesan.
Kita tidak boleh melihat individu kepada keseluruhan. Kalau benda itu melibatkan individu, maka individulah. Kalau nak dikirakan daripada sudut melakukan pelbagai isu, setiap golongan, setiap kumpulan ada saja isunya.
Semua ada aib masing-masing, untungnya kita sebab Allah tutup aib kita.
Ustaz Kazim berkata demikian ketika ditemui pada malam final program Mualim Muda yang berlangsung di Seri Kembangan pada Jumaat.
Jangan cepat menghukum

Dalam masa sama, Ustaz Kazim meminta orang ramai supaya tidak mudah menghukum mana-mana individu terutama mereka yang telah disabitkan dengan hukuman mahkamah atau sedang melalui proses perbicaraan.
Kalau benda itu adalah di bawah kuasa mahkamah, kita hormat keputusan mahkamah. Jika salah, mereka akan dihukum.
Kes yang baru di peringkat perbicaraan pun kita tak tahu dan mahkamah belum tentukan keputusan. Manusia..kita jangan cepat menghukum.
Menurut Ustaz Kazim, kekhilafan yang dilakukan dan hukuman yang diterima berkemungkinan boleh mendorong mereka berubah menjadi insan yang lebih baik.
Saya cakap bukan pada agamawan dan asatizah yang terpalit dengan isu saja, saya cakap macam ini pada semua.
Selagi mana orang itu tidak didapati bersalah, jangan kata apa-apa. Kalau didapati bersalah sekali pun kita tutup mulut sahaja.
Mungkin mereka akan dapat sesuatu ketika di dalam tahanan. Saya pernah berjumpa ada yang duduk dalam tahanan mereka hafal Al-Quran dan menguasai agama.
Sementara itu, Ustaz Kazim juga menasihati warganet supaya tidak keterlaluan mengulas berkaitan isu tersebut dan berhati-hati dalam meninggalkan komen.
Bagi saya masyarakat sekarang sudah matang dan terdidik. Netizen kita pun sudah terdidik. Yang komen-komen bukan-bukan tu bagi sayalah kadang-kadang mereka mungkin mahu hangatkan lagi isu.
Cuma nasihat saya jangan melampau-lampau mengkritik sehingga jatuh fitnah dan mengumpat. Jaga aib dan diri masing-masing.
The post [VIDEO] Ustaz Kazim Elias Akui Terkesan Isu Melibatkan Agamawan, Minta Orang Ramai Tidak Pukul Rata first appeared on OHBULAN!.





