
Pemergian Allahyarham Abam bukan sahaja memberi duka kepada pelawak dan pelakon, Achey, namun rata-rata rakyat Malaysia turut bersedih dengan berita yang dikhabarkan pada tahun 2020 itu.
Selamat ulang tahun kelahiran
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Achey atau nama lengkapnya Mohd Nasir Hamzah dilihat memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran buat Allahyarham Abam semasa menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.
Abam, selamat hari jadi.
InshaAllah, semoga Allah merahmati roh mu.
Bertiga sementara, Bocey selamanya.
Sahabat yang baik




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitip doa buat Allahyarham Abam yang telah pergi selamanya pada 10 Februari 2020. Selain itu, warganet turut memuji sikap Achey dan Fad kerana menjadi sahabat yang baik.





