
Upacara siraman pelakon jelita dari Indonesia Luna Maya meraih perhatian selepas dilihat berwuduk di saat wajahnya masih dengan solekan.
Berwuduk dengan ‘makeup’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Luna atau nama lengkapnya Luna Maya Sugeng sedang menjalani upacara siraman yang dibantu oleh ibunya.
Difahamkan, siraman merupakan adat Jawa yang melambangkan penyucian diri sebelum memasuki kehidupan pernikahan.
Bagaimanapun, netizen dilihat mempersoalkan cara pelakon berusia 42 tahun itu berwuduk yang didakwa melanggar rukun wuduk.
Komen netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur kesalahan yang dibuat isteri kepada aktor Maxime Bouttier itu. Selain itu, warganet turut memilih untuk tidak menghakimi dan menyerahkan kepada Allah untuk menilai.
Terdahulu, aktor berusia 32 tahun itu melamar Luna semasa percutian mereka di Jepun pada April lalu.
Meskipun jarak usia 10 tahun, namun ia tidak menghalang Luna dan Maxime untuk terus menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2023.





