26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ummi Nazeera Tukar Arah Lakonan, ‘Berehat’ Jadi Wanita Disakiti – ‘Saya Pula Yang Menganiaya Kali Ini’

    Shopee Sale



    Pelakon Ummi Nazeera mencabar diri dengan mencuba membawa watak baru meskipun sudah sinonim dengan karakter wanita teraniaya.

    Cuba watak lain

    Ketika ditemui , pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin itu mengambil keputusan untuk menerima watak berbeza demi memberikan kelainan dalam mutu lakonannya.

    Saya tiada masalah untuk membawa watak wanita teraniaya, malah itu adalah watak yang sudah sebati dengan jiwa saya. Tetapi, untuk tahun 2025 ini saya mahu mencuba untuk menukar arah lakonan saya.

    Sebab itu saya ada berbincang dengan pengarah dan penulis skrip untuk watak Salina ini kerana risau sekiranya penonton bosan dengan ‘stigma’ watak tersebut.

    Saya cakap kepada direktor cabar saya, biarkan saya buat sesuatu yang saya dah lama tak buat dan itu direktor bersetuju, beri peluang untuk saya ‘menganiaya’ pula kali ini.

    Ummi berkata demikian ketika ditemui semasa sesi fotografi sebuah drama baharu TV3 yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada Selasa.

    MENARIK:  Hakimi Noordin Mengaku Sudah Terbiasa Buka Baju Selepas Bersukan – ‘Semua Orang Ada Persepsi Masing-Masing’

    Keluarga beri sokongan

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

    Walau bagaimanapun, aktres berusia 35 tahun ini mengakui bukan senang untuk memegang watak berat dan bermain dengan emosi.

    Namun, pelakon filem Hikayat Merong Mahawangsa itu tetap bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga terutama daripada suami, Dr. Mohd Izzar dan abangnya, Nazreem Musa.

    Saya ada ‘orang rumah’, Alhamdulillah. Saya ada support sistem yang sangat memahami.

    Bukan sahaja suami, tapi juga anak-anak saya, ibu serta abang saya. Kalau saya kerja, suami nampak saya macam ‘moody’ dia akan beri saya masa untuk ‘bertenang’.

    Bila saya rasa macam ‘lost’ sekejap, tempat saya nak cari Ummi Nazeera semula adalah dengan abang saya. Kami terlalu rapat. Setiap hari akan ‘facetime’, dia seorang sahaja abang saya. Dia lah yang banyak memberi sokongan kepada saya, dari segi mental emosi. Alhamdulillah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah