33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tidak Perlu Saya Lafazkan Doa Kerana Bulan Ramadan, Cukup Ambil Pengalaman Berpuasa’ – Mekyun

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Mekyun, menjelaskan bahawa dia dan keluarganya mampu membaca doa makan serta beberapa doa lain dalam Islam.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mekyun & Ibu Bapa Berjaya Puasa Hari Pertama, Netizen Kagum – ‘Diorang Ni Another Level, Salute!

    MENARIK:  Bekas Kapten Pasukan Bola Keranjang Wanita Negara ‘Tersentuh’ Tonton Filem PADU!

    Artikel Berkaitan: [VIDEO ] ‘Adakah Kalau Saya Tidak Pandai Mandarin Dikira Memalukan? Paling Penting Kena Tahu Cakap Bahasa Melayu’ – Mekyun

    Pegangan & akidah umat Islam

    " data-video-id="7610764112158543125" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @mekyunnnn

    Mekyun dan keluarga sangat menghormati agama Islam dan sebab itulah kami memilih untuk tidak melafazkan doa-doa agama Islam. Inilah cara Mekyun dan keluarga menjaga adab dan sensitiviti terhadap agama Islam, agama Mekyun sendiri dan terhadap semua agama lain ❤

    ♬ original sound – Mekyun – Mekyun

    Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik nama Wee Yun Nee, 29, menjelaskan bahawa mereka memilih untuk tidak melafazkan doa-doa tersebut sepanjang bulan Ramadan.

    Bagi Mekyun perbuatan itu merupakan sebahagian daripada akidah serta hubungan antara umat Islam dengan Tuhan.

    Menurut Mekyun, adalah tidak wajar untuk melafazkan doa-doa tersebut kerana ianya berkait rapat dengan pegangan serta kepercayaan agama.

    Sebenarnya saya dan keluarga boleh baca doa makan dan doa doa Islam yang lain, sebab dulu kami sekolah asrama.

    Tetapi kami pilih untuk tidak lafazkan semua doa itu di bulan Ramadan sebab lafaz Bismillah, Alhamdulillah atau doa makan sekali pun adalah sebahagian daripada akidah umat Islam.

    Ini berkaitan dengan hubungan umat Islam dan tuhannya.

    Jadi saya sebagai seorang yang bukan beragama Islam, rasanya tidak perlu untuk saya lafazkan doa ini hanya kerana sekarang ni bulan Ramadan.

    Sedangkan ini melibatkan pegangan dan akidah umat Islam.

    Jaga batas akidah agama

    Dalam pada itu, dia dan keluarganya hanya mengambil pengalaman berpuasa sebagai cara memperbaiki diri, selain mempelajari disiplin dan kesabaran.

    Sehubungan itu, Mekyun menegaskan bahawa mempelajari agama lain adalah tidak salah, asalkan setiap individu tersebut menjaga batas akidah agama masing-masing.

    Bagi saya dan keluarga cukup kami ambil pengalaman untuk berpuasa bagi memperbaiki diri, belajar berdisiplin dan bersabar.

    Sebab bagi kami tidak salah untuk belajar tentang agama lain selagi kita menjaga batas akidah agama tersebut dan agama sendiri.

    Ini adalah cara saya dan keluarga menjaga adab dan sensitiviti terhadap agama Islam, agama saya sendiri dan agama lain.

    Saya dan keluarga juga sangat menghormati agama Islam, sebab itu kami tidak lafazkan doa-doa agama Islam.

    Sumber: TikTok Mekyun

    The post [VIDEO] ‘Tidak Perlu Saya Lafazkan Doa Kerana Bulan Ramadan, Cukup Ambil Pengalaman Berpuasa’ – Mekyun first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah