28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gobind tuntut tindakan kes tembakan Durian Tunggal

    Shopee Sale

    Pengerusi DAP Gobind Singh Deo akan membangkitkan isu kelewatan tindakan undang-undang berhubung insiden tembakan maut di Durian Tunggal, Melaka ke dalam mesyuarat kabinet esok.

    Menurutnya, Peguam Negara Dusuki Mokhtar perlu tampil menjelaskan sebab kelewatan itu dan segera bertindak terhadap insiden pada November tahun lalu.

    Selepas lapan bulan, Gobind berkata masih belum ada tindakan undang-undang muktamad meskipun polis sudah mengklasifikasikan semula siasatan sebagai kes bunuh sejak Disember.

    “Polis tidak mengklasifikasikan semula kes, khususnya kepada kesalahan berat yang membawa hukuman mati seperti pembunuhan, melainkan ada asas keterangan yang kukuh untuk berbuat demikian.

    “Hakikat agensi penguat kuasa itu sendiri menentukan ambang untuk siasatan bunuh telah dipenuhi menunjukkan ada keterangan yang memerlukan tindakan mahkamah segera,” tegasnya pada kenyataan hari ini.

    Katanya, sebarang kelewatan pendakwaan akan menjejaskan kualiti keterangan kerana ingatan saksi semakin pudar, bukti fizikal merosot dan kelompangan prosedur boleh timbul.

    “Keluarga mangsa sudah menunggu lapan bulan untuk keadilan, dan keyakinan awam terhadap sistem keadilan jenayah kini dipertaruhkan,” tambahnya.

    Ditembak dari jarak dekat, sudut menurun

    MENARIK:  Adakah salah berjumpa dengan Ismail Haniyeh, tanya PM

    Tiga individu, berusia antara 24 hingga 29 tahun, terbunuh dalam kejadian pada 24 Nov tahun lalu.

    Terdahulu hari ini, peguam Rajesh Nagarajan mendedahkan laporan bezah siasat mangsa yang menunjukkan mereka ditembak pada jarak amat dekat dari sudut menurun.


    BACA BERKAITAN:

    Peguam: Bedah siasat kes Durian Tunggal tak sokong hujah polis bela diri


    Dia berhujah perkara itu tidak selari dengan dakwaan polis bahawa pegawainya menembak ketiga-tiga mereka bagi mempertahankan diri apabila seorang daripada mereka didakwa menyerang polis menggunakan parang.

    “Ini pembunuhan,” dakwanya.

    Gambar fail, peguam Rajesh Nagarajan.

    Dia turut mendakwa polis enggan menyerahkan laporan bezah siasat kepada keluarga mangsa, menyebabkan mereka terpaksa membayar RM3,000 untuk mendapatkan laporan itu dari Hospital Melaka.

    Susulan penemuan bezah siasat itu, Rajesh berkata keluarga tiga mangsa tembakan berkenaan menuntut supaya semua pegawai polis yang terlibat ditahan dan direman atas tuduhan bunuh.

    Mereka juga menuntut penjelasan daripada perdana menteri, ketua polis negara dan peguam negara berhubung kelewatan mengambil tindakan siasatan terhadap kes itu.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah