31.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tak Perlu Tulis Di Media Sosial Untuk Merendahkan Orang Lain, Saling Menyokong Itu Lebih Bagus’ – Siti Nurhaliza

    Shopee Sale

    Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menasihati pemain industri, khususnya penggiat muzik tanah air supaya sentiasa saling menyokong antara satu sama lain.

    Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Titip Nasihat Wanita 40-an Kena Buat Senaman Weight Training, Gelagat ‘Random’ Di Threads Raih Perhatian

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Memang Ramai Datang Rumah, Tapi Saya Harap Mereka Guna Saluran Yang Betul’ – Siti Nurhaliza

    Raikan semua pemain industri

    Siti, 47, menegaskan, sikap iri hati atau keinginan untuk menjatuhkan pihak lain tidak sepatutnya wujud dalam diri sesiapa pun.

    Dalam industri ini, kita raikan dan hargai semua orang. Tambahan lagi dalam satu industri yang sama. Jangan ada rasa diri kita lebih bagus atau lebih baik.

    Bagi saya, industri Malaysia tidak sebesar industri luar negara. Kita akan jumpa orang yang sama juga.

    Jika ada perkara tidak manis atau tidak elok ingin diperkatakan, tak perlu tulis di situ (media sosial) untuk merendahkan orang lain. Sebab yang penting dalam industri ini adalah perlu saling sokong menyokong.

    Siti berkata demikian sebagai respon terhadap hantaran yang tular dalam akaun Threads mengenai penganjur konsert yang dikatakan menyindir Konsert Legacy 30, baru-baru ini.

    MENARIK:  'Kisah ‘Leha’ yang Membuktikan Pengawal Keselamatan Boleh Menjadi Hero dalam Membanteras Jenayah'

    Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini menegaskan, luahan negatif sebegitu sebaiknya diabaikan demi menjaga keharmonian industri.

    Luahan itu saya mungkin tak baca tapi ada orang yang baca dan akhirnya saya pun tahu. Jadi itu tidak bagus dan tak perlu pun sebenarnya tulis di media sosial. Kita raikan saja, sokong industri muzik tanah air.

    Video

    " data-video-id="7596021449320631553" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sitizoner

    “kata kata hari ini” credit : cteafairuz #fyp #sitinurhaliza

    ♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Tak Perlu Tulis Di Media Sosial Untuk Merendahkan Orang Lain, Saling Menyokong Itu Lebih Bagus’ – Siti Nurhaliza first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah