Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menasihati orang ramai agar tidak mencampuri kemelut rumah tangga pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Baluti Uqasha Dengan Kasih Sayang, Ramai Sayang Awak’ – Hatta Dolmat
Artikel Berkaitan: Saya Berani Junjung Al-Quran, Tak Pernah Pukul Isteri’ – Kamal Adli Pilih Simpan Aib Uqasha Senrose
‘Jangan berpihak kepada sesiapa’
View this post on Instagram
Menerusi satu video yang dimuat naik Instagram, Aliff menyeru orang ramai agar tidak menyebelahi mana-mana pihak dan membiarkan mahkamah menjalankan siasatan dengan telus.
Ujar Aliff lagi, mahkamah mempunyai segala bukti-bukti fizikal dan keterangan saksi yang tidak diketahui oleh orang awam.
Jangan berpihak kepada sesiapa, sama ada Uqasha atau Kamal. Biar mahkamah yang buat kerja dia sebab di mahkamah, segala bukti kamera, video, saksi, semua ada.
Dia juga mengingatkan supaya tidak menjadi ‘batu api’ yang boleh memburukkan lagi keadaan emosi kedua-dua pihak yang terlibat. Sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk Uqasha dan Kamal agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Kita sebagai rakyat Malaysia jangan keruhkan lagi keadaan. Kalau betul dia (mangsa) kena, biar mahkamah, ada hakim, ada majistret yang tentukan.”
Kita doakan yang terbaik, jangan jadi batu api. Kita tak tahu apa yang berlaku sebenar, apa perkara yang sebenar, rambut sama hitam hati lain-lain.
Terdahulu, prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis gagal mencapai kata sepakat apabila Kamal enggan melafazkan cerai.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh baharu iaitu pada 12 Januari 2026 bagi kedua-dua pihak menjalani proses hakam keluarga.
Sumber: Instagram Aliff Syukri
The post [VIDEO] ‘Tak Perlu Berpihak Kepada Uqasha Atau Kamal, Jangan Jadi Batu Api’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.





