Isteri kepada penyanyi Tajul Ariff, iaitu Nurul Shamieza Eddie, berkongsi momen istimewa suaminya melakukan amalan tahnik kepada anak bongsu mereka buat kali pertama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pelik Mengidam Dia Ni’ – Tajul Selamba Makan Ubat Gigi Dengan Nasi Goreng
Artikel Berkaitan: Kepala Terkehel Ditarik Isteri, Tajul Selamat Timang Anak Kedua
Tajul tahnik anak bongsu
Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah video di akaun TikTok miliknya dan mendapat perhatian ramai.
Menurut Shamieza atau lebih dikenali sebagai Icaa, meskipun mereka sudah mempunyai dua orang anak sebelum ini, namun inilah kali pertama pelantun lagu Malam Semakin Dingin itu sendiri melakukan tahnik tanpa bantuan orang lain.
Dalam ruangan kapsyen, Icaa menitipkan doa agar anak bongsunya itu sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.
First time daddy dia tahnik anak sendiri semoga anak bongsu mommy seorang ni, sentiasa di bawah lindungan Allah dan semoga yang baik-baik sahaja untukmu.
Amalan tahnik merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan kepada bayi baru lahir dengan meletakkan sesuatu yang manis seperti kurma ke dalam mulut bayi dan digosokkan sedikit pada lelangitnya sebagai simbolik permulaan hidup serta doa keberkatan.
Pada 5 Mei lalu, pasangan ini selamat menimang cahaya mata ketiga mereka, seorang bayi lelaki seberat 3.5 kilogram.
Untuk rekod, Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff telah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza pada 10 Disember 2017.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Adriana Carissa, Adrian Rifqy, dan bayi lelaki bongsu yang namanya masih belum didedahkan kepada umum.
Komen


Sumber: TikTok Icaa Eddie
The post [VIDEO] Tajul Ariff Tahnik Anak Bongsu Buat Kali Pertama, Netizen Tersentuh – ‘Ini Baru Betul Sunnah Yang Sebenarnya’ first appeared on OHBULAN!.



First time daddy dia tahnik anak sendiri
semoga anak bongsu mommy sorg ni, sentiasa dibawah lindungan Allah & semoga yg baik2 sahaja untukmu 



