
Pelakon Syazwan Zulkifly meluahkan sanggup mengetepikan rasa geli dengan katak demi menjayakan babak dalam filem Blood Brothers: Bara Naga yang sedang ditayang di pawagam.
‘Tak takut cuma geli’

Ketika ditemui , Syazwan, 38, berkata dia bersetuju untuk melakukan babak itu kerana mampu menambah ‘warna’ dalam filem tersebut.
Sebelum penggambaraan bermula dalam tiga atau empat hari, mereka (pihak terlibat) ada mesej saya tanya saya okay tak dengan katak.
Saya tiada alasan untuk cakap tidak dan kalau itu boleh menambah baik sesuatu babak itu saya kata okay.
Syazwan berkata demikian ketika ditemui dalam mini sidang media filem Blood Brothers: Bara Naga di Balai Berita, bangsar pada Isnin.
Dalam pada itu, pelakon filem Juvana itu menjelaskan dia tidak berasa takut dengan haiwan amfibia namun lebih kepada rasa geli.
Saya tidak takut dengan katak lebih kepada geli dan saya suka binatang.
Nak tak nak, saya kena letak juga atas kepala. Tetapi, kalau nak kata geli memang geli dan lama juga saya biasakan diri dengan katak tu.
Semalam, penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam, 71 memaklumkan filem tersebut meraih kutipan sebanyak 21 juta selepas empat hari berada di pawagam seluruh Malaysia.





