Penyampai radio, Sharifah Shahirah mendedahkan peranan sebagai ibu bapa amat mencabar terutamanya ketika anak-anak mula memasuki dunia dewasa yang sarat dengan pengaruh tidak baik.
Artikel Berkaitan: Sharifah Shahirah Beri Sokongan Penuh Auddra Jadi Artis – ‘Dari Kecil Dia Asyik Cakap Nak Jadi Macam Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Odah..Kalau Dah Jadi Artis Nanti, Jangan Jadi Penyondol’ – Sharifah Shahirah Nasihat Anak
‘Are you gay’

Menerusi potongan klip daripada podcast Soutudeen, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 51, berkata sebagai ibu bapa mereka tidak boleh lari daripada realiti.
Menurutnya, ibu bapa perlu berdepan dan menerima pilihan hidup yang dibuat anak-anak sama ada suka atau tidak.
Kena juga hadap. Saya pernah tanya ‘are you gay?’. Kadang-kadang bukan anak saja kena tegur, suami pun pun boleh buat hal.
Kalau dah tua pun dia boleh nak buat hal, contohnya bercinta dengan orang yang sama umur dengan anak.
Nak buat macam mana? Perkara itu yang kita kena hadap. Saya memang sangat takut.
Menurut Shiera, dia sering mengingatkan kepada anak-anaknya tentang akibat buruk yang akan timbul daripada setiap perlakuan negatif.
Saya cakap kalau buat perkara tidak elok dan kena masuk penjara nanti penat. Saya tidak pernah anggap anak saya baik.
Kalau ada apa-apa yang tidak kena, saya akan berjumpa dan bercakap dengan mereka mengenai perkara itu.
Kena ambil tahu walaupun kadang-kadang takut nak ambil tahu.
Kadang saya tidak selalu periksa sangat telefon pintar anak, kalau nak lagi drama baru saya periksa.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Sharifah Shahirah Akui Perlu Hadapi Apa Jua Pilihan Anak-Anak – ‘Kena Juga Hadap, Saya Pernah Tanya, Are You Gay?’ first appeared on OHBULAN!.





