28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malia Baby Terkilan Fesyen Dipersoal Tak Selari Dengan Nasihat Islamik Dikongsi – ‘Aku Struggle Jalankan Amanah Allah’

    Shopee Sale



    Malia Baby

    Netizen meluahkan rasa kurang senang dengan fesyen yang digayakan pelakon Malia Baby ketika menghadiri sebuah acara pada Ahad lalu disebabkan aktres itu gemar berkongsi mengenai pemakaian Muslimah dalam media sosial miliknya.

    Tak selari dengan perkongsian

    Malia Baby

    Mengakui terkilan dengan komen tersebut, Malia memberitahu segala perkongsian murni yang dibuat adalah sebagai peringatan untuk dirinya sendiri dalam usaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.

    Disebabkan komen tak membina macam ni lah orang tak nak post benda yang baik. Sebab kau kena jadi perfect. Aku nasihat selama ni untuk aku dan untuk semua. Aku buat video sebagai peringatan untuk aku sendiri.

    Semua video aku guna ‘kita’ sebab aku pun insan yang struggle dalam menjalankan amanah Allah. Kalau ada yang tak kena dengan aku korang jangan ikut tapi jangan gunakan alasan ‘dia pun nasihat orang lain’ untuk bagi saya kebencian.

    Sedangkan ‘menegur’ Allah tahu apa dalam hati kau okay. Semua video aku tak ada langsung aku bercakap untuk membenci. Tidak seperti yang anda semua cakap kepada saya.

    Malia berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

    MENARIK:  [VIDEO] Jebat Jayden ‘Punca’ Sharnaaz Ahmad Tubuh Kelab Bola Sepak – ‘Dia Betul-Betul Minat Ronaldo’

    Iman turun naik

    Malia Baby

    Menerusi satu lagi hantaran, Malia berharap orang ramai tidak meletakkan jangkaan terhadap dirinya sebagai seorang muslim yang sempurna kerana mengakui masih bergelut dengan imannya sendiri.

    Panggil saya dengan macam-macam nama dan lepas itu nak claim ‘tegur’. Anda hanya menipu diri sendiri. Jangan letakkan harapan untuk saya menjadi sempurna hanya sebab saya bersuara mengenai agama secara online.

    Kalau anda rasa nasihat yang kena terima daripada seseorang yang bagus, pergi tengok ustaz. Aku hanya seorang perempuan yang struggle dengan iman sendiri dan hari-hari mencuba.

    Nak nasihat apa pun, nasihat tapi jangan kurang ajar dan sampai biadap. Kita ni masuk neraka bukan sebab perbuatan saja, tapi hati tu penting. Hati kotor semua pun kotor.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah