27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shiha Zikir Fokus Jaga Ibu, Akui Terkejut Dengan Keputusan Kesihatan – “Ketika Itu, Saya Rasa Sangat Luluh”

    Shopee Sale

    Enggan mendedahkan secara terperinci mengenai masalah kesihatan ibunya, Rohana Ibrahim, penyanyi Shiha Zikir berkongsi perkembangan terkini ratu hatinya yang kini memerlukan perhatian penuh.

    Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, keadaan kesihatan ibunya berada dalam fasa pemulihan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir Menangis Diherdik Penyanyi Depan Umum

    Jaga Privasi & Ketenangan Ibu

    Pada ketika ini, pelantun lagu Minta Ampun itu tak mahu mengulas lanjut jenis sakit yang dialami ibunya kerana mahu menjaga privasi serta ketenangan Rohana.

    “Keadaan mak sekarang memang perlukan perhatian saya. Buat masa ini saya belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut sebab saya tak mahu terlalu ramai menghubungi mak hingga membuatkan dia rasa tidak selesa.

    “Biarlah perkara ini kekal dalam kalangan keluarga dulu. Cuma saya boleh katakan keputusan yang kami terima memang agak mengejutkan, tetapi saya sangat bersyukur kerana mak masih positif menghadapi semuanya,” katanya.

    Shiha ditemui ketika sidang media Anugerah Melodi Terhangat 2026 di Hyatt Regency Kuala Lumpur pada Khamis.

    Terdahulu, Shiha menarik perhatian selepas berkongsi mengenai keadaan ibunya yang menerima rawatan di hospital menerusi Instagram.

    Shiha kemudiannya mengakui berasa sangat sayu selepas menerima keputusan ujian kesihatan ibunya, ditambah pula dengan kehilangan kucing kesayangannya.

    Tak Dapat Tahan Air Mata

    Dalam pada itu, pemenang trofi Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 37 itu mengakui emosinya cukup terganggu ketika pertama kali menerima keputusan berkaitan kesihatan ibunya.

    Shiha berkata, dia tidak dapat menahan air mata kerana perkara tersebut berlaku di luar jangkaan. Namun, kekuatan dan sikap positif Rohana sedikit sebanyak membantunya untuk terus kuat.

    View this post on Instagram

    A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

    “Saya memang rasa sangat luluh dan terkejut. Sudah tentu saya menangis sebab langsung tidak menjangkakan perkara seperti ini boleh berlaku.

    “Tetapi dalam situasi itu, saya sangat bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang cukup kuat dan positif. Sikap mak itu yang membuatkan saya sendiri jadi lebih bersemangat untuk melalui ujian ini bersama-sama.

    “Sekarang fokus saya adalah memastikan kesihatan fizikal dan mental mak terjaga. Saya mahu dia sentiasa gembira sepanjang tempoh rawatan.

    “Saya sangat berharap mak terus diberikan kekuatan dan keadaan emosinya juga kekal stabil,” ujarnya.

    Bersyukur Adik Beradik Membantu

    Dalam masa sama, Shiha bersyukur kerana mempunyai adik-beradik yang turut membantu menguruskan kebajikan serta keperluan ibu mereka.

    MENARIK:  Puteri Sarah Liyana Titip Pesanan Sebagai Ibu Tunggal Kepada Bella Astillah – ‘Sama-Sama Kita Nikmati Perjalanannya’

    Jelas anak didik kepada Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini ini, tanggungjawab menjaga Rohana akan dibahagikan bersama-sama bagi memastikan ibunya sentiasa berada dalam keadaan selesa.

    View this post on Instagram

    A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

    “Alhamdulillah saya sangat bersyukur sebab ada adik-beradik yang boleh sama-sama bahagikan masa untuk jaga mak.

    “Mak pula sentiasa positif dan tetap beri semangat kepada saya untuk teruskan kerjaya. Jadi sekarang, apa yang saya fikir adalah saya kena bekerja lebih keras untuk mak.

    “Saya akan terus usaha sebaik mungkin dan pastikan mak berada dalam keadaan yang selesa,” katanya.

    The post Shiha Zikir Fokus Jaga Ibu, Akui Terkejut Dengan Keputusan Kesihatan – “Ketika Itu, Saya Rasa Sangat Luluh” first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah