28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Shaniena Natasya Termakan Daging Babi Ketika Bercuti Di Luar Negara – ‘Masa Tu Dah Rasa Lain..Nak Termuntah, Tak Lalu’

    Shopee Sale



    Pempengaruh dan usahawan, Shaniena Natasya mengakui termakan daging babi ketika bercuti di Amsterdam, baru-baru ini.

    Shaniena termakan daging babi

    " data-video-id="7422544036818472193">
    @official Pempengaruh dan usahawan, Shaniena Natasya mengakui termakan daging babi ketika bercuti di Amsterdam, baru-baru ini. # #fyp #news #shanienanatasyaa #termakan #babi ? original sound – OHBULAN!

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shaniena atau lebih mesra dengan panggilan Niena berkata kejadian itu berlaku ketika dia menjamu selera di sebuah hotel sementara menunggu waktu ‘check in’.

    Aku baru makan makan sekali je sosej tu, tapi masa tu dah rasa lain. Lepas tu, aku suruh Alia (pembantu peribadi) tanya dekat pelayan tu, betul memang sosej tu ada daging babi.

    Aku rasa nak termuntah, tak lalu.

    Bercerita dengan lebih lanjut, Niena berkata, sebelum ini pembantu peribadinya itu akan memastikan dahulu makanan yang dipesannya bebas kandungan babi sebelum menjamah.

    Selalu makanan yang Alia pesan tu saya percaya je dia sebelum ni memang dia akan tanya dulu dekat kedai sama ada makanan yang dia pesan tu ada kandungan babi ke tidak. Ini tak tahu macam mana, boleh tersalah pesan.

    Selepas mengetahui restoran tersebut menghidangkan daging babi, Niena dan Alia tidak lagi meneruskan menjamu selera sebaliknya mereka membuat pesanan makanan dari kedai makan halal.

    MENARIK:  Internet Fibre Tanpa Kontrak, Tanpa Deposit & Tanpa Penalti- Time Internet Ada Pelan Zero Lock In

    Terdahulu, Shaniena yang beragama Budha mendedahkan telah memeluk agama Islam.

    Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah