Usahawan terkenal, Datin Seri Nur Shahida berkongsi tentang kepentingan menerima baik dan buruk pasangan sebagai salah satu asas mengekalkan rumah tangga yang harmoni.
Artikel Berkaitan: Shahida Tanya Sesuai Tak Hamil Lagi Pada Usia 40-an, Aliff Syukri Respon – ‘Sudah Ikat, Tak Boleh Beranak Lagi’
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah Ammar Tak Trauma, Cukup Makan, & Sihat Tubuh Badan’ – Shahida
Keluarga bahagia

Menerusi perkongsian semula di Threads, pemilik nama Nur Shahida Mohd Rashid itu kelihatan sebak ketika menceritakan kisah suaminya, Datuk Aliff Syukri yang pernah berdepan dengan perceraian ibu bapa.
Zaman kanak-kanak dia tak ceria. Dia pernah menangis dan berkata, ‘saya tak pernah ada gambar lengkap satu keluarga.
Masa kecil, dia siap cantumkan gambar nak dijadikan satu frame sebab dia tak ada gambar bersama.
Justeru, Shahida berkata, Aliff selalu berpesan kepadanya supaya sentiasa mempertahankan rumah tangga mereka walaupun berdepan dengan pelbagai ujian.
Dia selalu berpesan, kita ini bergaduh teruk macam mana pun jangan cerai. Dia ada broken family jadi dia tak nak anak-anak rasa apa yang dia rasa.
Kalau saya tengah beremosi dan membebel, dia tak akan layan. Katanya, kita suami isteri bukanlah jahat cuma kadang kita bergaduh, tapi kena kesiankan anak-anak dan jangan jadikan alasan untuk rumah tangga porak peranda.
Nasihat Datin
View this post on Instagram
Sementara itu, Shahida juga menitipkan nasihat untuk pasangan suami isteri agar sentiasa sabar dalam melayari bahtera perkahwinan selagi ia tidak memudaratkan mana-mana pihak.
Takkan ada rumah tangga yang baik-baik sahaja. Tetap akan ada ujian.
Selagi dia bukan kaki pukul, kaki minum, kaki perempuan, tak bermain judi atau terlibat dengan dadah..teruskan sahaja perkahwinan itu.
Kalau dia pemalas pun tak wajar, tapi selagi dia mencari nafkah walaupun gaji kecil itu adalah perkara yang sangat bagus.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Shahida Sebak Kongsi Kisah ‘Broken Family’ Suami, Aliff Syukri Pesan – ‘Gaduh Macam Mana Pun Jangan Cerai’ first appeared on OHBULAN!.





