Penyanyi Shiha Zikir kembali menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Melodi Perkenal MV ‘Lagu Raya Untukmu’ Nyanyian Hael Husaini, Gabung Elemen Moden & Klasik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tampil Dengan Lagu Raya ‘Mama Papa Raya’, Netizen Approved – ‘Tahun Ni Sedap!’
Bawa memori manis

Lagu ini merupakan hasil kolaborasi antara Shiha Zikir Empire dan Giant Malaysia, sekali lagi bekerjasama selepas kejayaan lagu Tum Tum Raya pada tahun lalu.
Menurut Shiha, lagu Memori Raya ini membawa elemen nostalgia yang mengingatkan pendengar kepada kenangan indah ketika menyambut Hari Raya.
Walaupun melodinya riang dan mudah diingati, lirik lagu ini mampu menyentuh hati pendengar serta membangkitkan memori manis bersama keluarga.
Lagu ini sebenarnya membawa pendengar kembali kepada kenangan lama ketika menyambut Hari Raya.
Apabila saya memperdengarkan lagu ini kepada keluarga, ramai yang tersentuh walaupun melodinya rancak.
Mungkin kerana liriknya membuatkan kita teringat kembali kenangan lama.
Kata Shiha, lagu ini dihasilkan bersama komposer Iqie Hugh dan John Jeeves yang berjaya menyiapkan karya tersebut dalam tempoh singkat mengikut konsep yang diinginkan.
Tambahnya lagi, sebelum ini dia lebih banyak menghasilkan lagu raya berentak tradisional dan joget, tetapi kali ini dia mahu mencuba sesuatu yang lebih segar dan moden.
Bercerita mengenai mesej lagu tersebut, Shiha berkata Memori Raya menggambarkan kenangan Aidilfitri yang sering dikaitkan dengan kampung halaman, pertemuan keluarga, dan masa berkualiti bersama insan tersayang.
Walaupun kedengaran klise, lagu ini sebenarnya tentang bagaimana kita semua akan teringat kembali kenangan di kampung, bertemu ibu bapa serta saudara-mara ketika musim perayaan.
Idea spontan

Shiha turut berkongsi bahawa idea menghasilkan lagu ini tercetus secara spontan ketika bulan Ramadan, dan proses penghasilan dilakukan dengan pantas.
Walaupun keputusan untuk menghasilkan lagu ini dibuat dalam masa yang singkat, saya tetap mahu memastikan semuanya berjalan lancar.
Selain untuk diri saya sendiri, saya juga gembira dapat bekerjasama dengan Giant Malaysia dalam menjayakan projek ini.
Mengulas dengan lebih lanjut, kerjasama bersama Giant Malaysia, Shiha menyatakan kegembiraannya kerana dapat berinteraksi dengan lebih ramai orang melalui pelbagai kempen dan aktiviti menarik.
Saya dapat mendekati dan mengenali ramai orang di luar sana kerana Giant banyak membantu masyarakat.
Oleh itu, saya berpeluang untuk sertai mereka dalam membantu orang ramai menerusi kempen dan aktiviti yang mereka adakan.
Jika tahun lalu kami membantu orang ramai membeli barang-barang dapur, untuk tahun ini pula, nantikan bagaimana pula.
Sepanjang penggambaran video muzik Memori Raya, Shiha mendedahkan dia mengajak beberapa individu yang tidak dikenali melalui media sosial untuk turut serta.
Saya memilih beberapa orang yang saya tidak kenal melalui media sosial untuk datang dan merasai sendiri pengalaman berada di set penggambaran video muzik.
Saya juga mahu berkenalan dengan orang baharu.
Apa yang menggembirakan, mereka semua sangat teruja sepanjang penggambaran walaupun penggambaran mengambil masa yang agak panjang.
Ujar Shiha, pengalaman itu amat bermakna kerana mereka sama-sama mencipta kenangan baharu sejajar dengan tema lagu tersebut, iaitu Memori Raya.
Harap orang ramai suka dan mahu menyokong lagu ‘Memori Raya’ serta lagu raya lain yang turut dikeluarkan oleh artis tempatan tahun ini.
Semoga lagu ini menjadi antara pilihan sepanjang musim perayaan.
Jangan lupa juga menonton video muzik dan menyertai challenge yang akan saya kongsikan di media sosial.
Lagu ini beza dengan tahun sebelumnya

Sementara itu, Giant Malaysia melihat kerjasama bersama Shiha Zikir sebagai kolaborasi bermakna selepas kejayaan tahun lalu.
Menurut Encik Andre Lim, Ketua Pemasaran Giant Malaysia, Shiha bukan sahaja seorang selebriti, malah memiliki personaliti ceria dan bertenaga yang dekat dengan masyarakat dari pelbagai lapisan, sejajar dengan profil pelanggan Giant.
Kerjasama kami dengan Shiha Zikir dan Shiha Zikir Empire tahun lalu membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan.
Shiha mempunyai personaliti yang ceria dan dekat dengan masyarakat, dan bagi kami konsistensi adalah kunci dalam membina kepercayaan jenama.
Mengulas keistimewaan lagu raya kali ini, Andre berkata Memori Raya menampilkan pendekatan berbeza berbanding tahun sebelumnya.
Jika tahun lalu kita lebih menekankan kemeriahan sambutan Aidilfitri, tahun ini lagu ini membawa vibes nostalgia dalam gabungan elemen dan susunan muzik moden yang catchy.
Kami mahu apabila pelanggan mendengar lagu ini di radio atau di cawangan Giant, mereka berasa teruja untuk membuat persiapan raya bersama keluarga.
Giant Malaysia berharap lagu Memori Raya menjadi antara lagu tema Aidilfitri yang dekat di hati rakyat Malaysia.
Kami berharap lagu ini mampu mencipta kenangan manis buat pelanggan ketika mereka membuat persiapan menyambut Hari Raya.
Lebih daripada sekadar muzik, kami mahu ia menyatukan komuniti dan mengingatkan semua bahawa Giant sentiasa bersama pelanggan dalam mencipta memori raya yang indah.
Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Giant Malaysia turut memperkenalkan kempen utama bertema ‘Jimat Berganda, Raya Bergaya’ yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik.
Melalui peraduan Beli & Menang yang berlangsung dari 26 Februari hingga 15 April 2026, pelanggan yang berbelanja minimum RM60 dalam satu resit di mana-mana cawangan Giant berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk bar emas.
Hadiah utama berupa bar emas seberat 10 gram, hadiah kedua 5 gram, dan 15 hadiah berupa bar emas seberat 1 gram.
Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi baucar tunai Giant bernilai RM100 setiap minggu.
Kempen ini disokong oleh beberapa rakan jenama strategik seperti Uncle Jack, F&N, Kimball, Crunchitos, dan Golden Bites bagi memastikan pelanggan menikmati pilihan produk dengan harga promosi lebih kompetitif.
Dengan gabungan lagu raya penuh nostalgia serta kempen menarik daripada Giant Malaysia, kolaborasi ini diharapkan dapat memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini serta mencipta kenangan manis buat rakyat Malaysia.
The post ‘Lagu Memori Raya Bawa Pendengar Kembali Kepada Kenangan Lama’ – Shiha Zikir first appeared on OHBULAN!.





