33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘September Bulan Kesedihan Buat Suami’ – Watie Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Shuib Sempena ‘Birthday’

    Shopee Sale

    Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mencuri tumpuan apabila memuat naik hantaran istimewa buat suaminya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-41 di laman Instagram sebentar tadi.

    Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Shuib & Watie Hanifiah Bakal Timang Anak?

    Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Kongsi Sisi ‘Sweet’ Matin – ‘Kalau Dah Jadi Anak Bujang, Ayah Dia Punya Jiwang Pun Kalah’

    Ucapan istimewa

    Dalam perkongsian yang penuh emosi, pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menyatakan bulan September adalah bulan paling sedih buat suaminya itu.

    Hal ini kerana pada bulan ini juga merupakan bulan kelahiran arwah isterinya, Siti Sarah yang jatuh pada 15 September akan datang.

    Setiap tahun bila munculnya bulan september, itu adalah bulan kesedihan buat daddy (Shuib).

    Bulan yang akan buat daddy extra sedih dan menangis dari bulan-bulan lain.

    Watie dalam masa yang sama turut bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab.

    Terima kasih sudah menjadi pasangan dan suami yang baik buat saya. Terima kasih selalu menjadi suami yang menghiburkan hati.

    Terima kasih kerana selalu menghargai saya, layan dengan baik dan beri kasih sayang yang cukup.

    Insyaa-Allah saya akan sentiasa ada buat daddy dan anak-anak dalam apa jua keadaan.

    Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak.

    MENARIK:  ‘Terus Menyanyi, Tetapi Di Majlis Tepat, Bukan Untuk Keseronokan’ – Ijam Medicine

    Bagaimanapun, Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021 dan Shuib kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Watie pada 23 Jun 2023.

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] ‘September Bulan Kesedihan Buat Suami’ – Watie Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Shuib Sempena ‘Birthday’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah