33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Seller Pakaian Meroyan, Tegas Tak Nak Layan Peminat K-pop – ‘Saya Tak Suka K-pop, Dahlah Tak Cantik’

    Shopee Sale



    Tular di media sosial, satu klip yang memaparkan seorang peniaga (seller) pakaian di laman web e-dagang mendiskriminasi peminat K-pop gara-gara memakai gambar profil idola kegemarannya.

    Guna profil K-pop

    Individu tersebut meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan seller itu terhadap peminat K-pop di platform X, baru-baru ini.

    Jelas individu tersebut, dia meninggalkan komen untuk bertanya mengenai baju yang dijual.

    Bagaimanapun, reaksi yang ditunjukkan oleh seller membuatkan individu terkejut kerana tidak pernah mengalami diskriminasi sebegitu sebelum ini.

    Ini pertama kali saya jumpa seller meroyan siap cakap ‘saya tak suka orang (minat) K-pop, sudah tidak cantik’.

    Selalunya, kalau saya masuk live walaupun guna gambar profil K-pop idol mereka akan layan elok sahaja.

    Siap sebut nama TikTok, tiada pula seller cakap budak Kpop jangan beli sini.

    Dalam keratan pendek itu, seller menegaskan dia tidak mahu untuk menjawab pertanyaan daripada individu itu.

    MENARIK:  Anak Dakwa Zahnita Wilson Sudah Rancang Buat Pendedahan, Mata Lebam Foto Lama?

    Dakwanya, individu tersebut tidak memiliki rupa paras yang menarik kerana memakai gambar profil K-pop.

    Tak naklah jawab pertanyaan kakak ni. Saya tak suka orang K-pop.

    Ingat saya tiada kuasa? Saya ada kuasa veto (untuk mute). Sudahlah tak cantik.

    Kenapa ada orang (minat) K-pop komen?

    Komen netizen

    Klip pendek itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-rata menyatakan seller tersebut tidak sepatutnya menghakimi orang yang tidak dikenali.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah