26.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Selesai Urusan Mahkamah, Alif Teega & Isteri Terus Cari Kek & Baju Spiderman Sempena ‘Birthday’ Anak

    Shopee Sale



    Meskipun sibuk naik turun mahkamah berikutan pertuduhan salah guna dana awam, personaliti media sosial, Alif Teega dan isterinya iaitu Aisyah Hijanah tidak lupa untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak kedua mereka iaitu Hassan, semalam.

    Terus rushing balik

    Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Alif berkata, dia dan isteri terpaksa bergegas pulang ke rumah dari mahkamah berikutan mahu menyambut ulang tahun kelahiran yang kedua anak mereka.

    Menurut Alif, dia tidak sempat melakukan sebarang persiapan sebelum ini. Oleh sebab itu, dia bertindak untuk membeli kek dan baju Spiderman buat anaknya itu.

    Alhamdulillah selesai urusan pagi tadi Alif dan Aisyah terus rushing sebab hari ni hari jadi Hassan. Sempatlah belikan hadiah baju spiderman.

    Dia memang suka sungguh dengan spiderman haha. Dah 2 tahun dah Hassan ni. Doakan moga dia jadi anak yang baik, anak yang soleh. hamba yang taat InsyaAllah.

    Selain memuat naik video, Alif turut menitipkan ucapan istimewa buat anak lelakinya itu.

    Buat Hassan, Daddy sayangkan Hassan. Terima kasih menceriakan hari-hari daddy dan mummy.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

    Terdahulu, Alif dan Aisyah mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan salah guna dana awam.

    MENARIK:  [VIDEO] Mydin Dahulukan Bantuan – ‘Duit Kira Nanti, Yang Tak Bayar Kita Halalkan Sebab Mereka Buat Kerja Baik’

    Pasangan itu membuat pengakuan tersebut dihadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor pada Isnin.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah