32.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bapa Hadiahkan Amad Dayyan Telefon Bimbit – ‘Babah Tak Nak Apa..Cukup Kamu Solat, Hormat Orang & Jaga Adab’

    Shopee Sale

    Bapa kepada penyanyi meningkat naik Amad Dayyan, iaitu Saiful Anuar membuat kejutan istimewa buat anak lelakinya itu menjelang peperiksaan yang bakal tiba.

    Artikel Berkaitan: Amad Dayyan Tulis Coretan Untuk Bapa – ‘Babah Tetap Menjadi Tempat Saya Mencari Kekuatan’

    Artikel Berkaitan: Amad Dayyan Tak Ambil Serius Kawan Seloroh Kejadian Pegang Bahu Sambil Menyanyi – ‘Saya Pun Ketawa Bersama Mereka’

    Kejutan buat Amad

    Menerusi perkongsian di Threads, kelihatan dua beranak itu sedang berada di dalam kereta dan mereka berbual sebelum Saiful menghulurkan Amad sebuah bungkusan.

    Amad yang teruja membuka bungkusan tersebut, gembira selepas melihat telefon bimbit jenis iPhone berjenama Apple berada di dalamnya.

    Menurut Saiful, hadiah berkenaan diberikan sebagai pembakar semangat sebelum Amad menduduki peperiksaan.

    Rezeki kamu Amad, ini sahaja yang mampu babah bahagiakan kamu.

    Hadiah sebelum peperiksaan dan harap keputusan akan datang ini skorlah sebaik mungkin.

    Tambah Saiful, dia tidak mengharapkan sesuatu daripada Amad, selain menitipkan pesanan agar cahaya matanya itu menjadi seorang insan yang baik dan beradab sopan.

    Babah tak nak apa-apa dari kamu. Cukup kamu doa, jaga solat, hormat orang dan jaga adab pun sudah cukup untuk babah.

    Ada rezeki kita upgrade lain. Alhamdulillah.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  ‘Rasanya Dah Tiba Masa, Wajibkan Lawatan Sekolah Ke Penjara’ – Cikgu Zack Kirana

    The post [VIDEO] Bapa Hadiahkan Amad Dayyan Telefon Bimbit – ‘Babah Tak Nak Apa..Cukup Kamu Solat, Hormat Orang & Jaga Adab’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah