31.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rahim Razali Tersalah Sebut Nama Di ASA2026, Azhan Rani Tak Ambil Hati – ‘Ikhlas Dari Hati, Saya Tak Ada Masalah’

    Shopee Sale

    Pelakon Azhan Rani mengakui tidak terasa hati apabila seniman Datuk Rahim Razali tersalah menyebut namanya sebagai ‘Azman Rani’ ketika mengumumkan kemenangannya pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026), pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: Azhan Rani Hilang IC Lagi, Kali Ketiga Dalam Tempoh Tiga Bulan – ‘Hari Ini Aku Marah Diri Sendiri’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhan Rani Santuni Ibu Dengan Penuh Kasih Sayang, Netizen Tersentuh – ‘Syurga Buat Anak Yang Berbakti’

    Azhan Rani tak berkecil hati

    View this post on Instagram

    A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

    Menerusi perkongsian di Instagram, Azhan memahami keadaan Rahim yang mungkin tersasul ketika berada di atas pentas dan tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu masalah besar.

    Terima kasih Nadia (anak Rahim) bersusah payah hubungi saya semalam.

    Allahuakbar tak perlu pun minta maaf pun sebenarnya. tak ada isu pun. Faham je kaeadaan Dato Rahim Razali  yang saya hormati, jangankan dia, yang muda pun kalau di atas pentas yang gah macam tu boleh je tersasul atau tersalah sebut. Saya rasa cute dan lucu je Dato Rahim tu.

    Di usia 87 tahun masih gagah berjalan atas stage tu tanpa tongkat atau kerusi roda. Mak saya umur 80 dah terbaring je sebab dah bad ridden.

    Tambah pelakon filem Libang Libu ini lagi, pengalaman menerima anugerah daripada Rahim merupakan satu penghormatan besar memandangkan dia amat mengagumi sumbangan seniman itu dalam industri seni tanah air.

    Ikhlas dari hati saya takde masalah pun. Malah lebih rasa terharu dan berbesar hati kerana Dato Rahim sendiri yang sampaikan anugerah penuh makna pada saya.

    Seorang tokoh juga lagenda teater, drama, filem dan pengulas sukan yang sangat saya kagumi.

    Pada masa sama, Azhan turut menitipkan doa agar Rahim sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta menghargai layanan Nadia yang memberinya peluang berkongsi pentas bersama figura seni berkenaan.

    Saya doakan Dato Rahim terus diberi kekuatan, ketenangan dan kesihatan yang baik. Terima kasih Nadia yang sangat beradap bercakap dengan saya. 

    Terima kasih juga meminjamkan ayah sekajap di atas pentas malam tu bersama saya. Ketika dapat pimpin tangan dia waktu saya nak turun tu rasa macam pimpin arwah abah sendiri masa tu.

    Untuk info, Azhan Rani merangkul trofi Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi watak antagonis bernama Deris dalam drama Wok yang ditayangkan di Unifi TV pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

    MENARIK:  Warga Emas Perlukan RM30,000 Untuk Jalani Pembedahan Jantung – ‘Ini Adalah Ikhtiar Terakhir Saya, Semoga Ada Sinar’

    Menerusi kemenangan Azhan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.

    Sumber: Instagram

    The post Rahim Razali Tersalah Sebut Nama Di ASA2026, Azhan Rani Tak Ambil Hati – ‘Ikhlas Dari Hati, Saya Tak Ada Masalah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah