Personaliti media sosial, Sally Whoo menerima hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Sally Whoo Selamat Bersalin Anak Kembar – ‘Air Mata Ini Tidak Berhenti’
Artikel Berkaitan: Sally Whoo Mohon Maaf Isu Kekeliruan ‘Username’ Sama Dengan Siti Saleha – ‘Masa Buat TikTok, Tak Tahu Itu Nama…’
Terima kejutan

Menerui perkongsian di Threads, Sally atau nama sebenarnya Nur Salihah terharu selepas dihadiahkan jambangan wang daripada usahawan, Afzalizah Azizan.
Dalam masa yang sama, Sally turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Afzalizah kerana sudi menjenguk dirinya bersama dua cahaya mata yang baru dilahirkan.
Kadang-kadang rezeki itu datang dalam bentuk kasih orang yang ikhlas.
Macam hari ini, datangnya Afzalizah jauh dari Kedah dengan kejutan yang buat saya hampir menangis.
Terima kasih atas kasih, doa dan hadiah yang penuh makna.
Moga Allah pelihara kakak dan bayi dalam rahim, dipermudahkan setiap langkah serta diluaskan lagi rezeki.
Hargai Sally

Sementara itu, Afzalizah turut berkongsi momen yang sama ketika melawat Sally dan anak-anaknya di sebuah pusat perubatan.
Hargai siapa yang menghargai diri ini.
Sayangi siapa yang menyanyangi diri ini.
Kejutan hari jadi untuk orang berpantang. Selamat hari lahir dan tahniah di atas kelahiran bayi kembar.
Terus menjadi orang baik dalam setiap langkah.
Sumber: Threads Sally Whoo & Afzalizah Azizan
The post Sally Whoo Terharu Terima Hadiah Jambangan Duit Daripada Usahawan – ‘Jauh Datang Dari Kedah Buat Kejutan’ first appeared on OHBULAN!.





