Pelakon, Yusuf Bahrin tidak menolak kemungkinan untuk menceburi bidang politik sekiranya diberikan peluang pada masa akan datang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusuf Bahrin Tak Kisah Digelar Duda ‘Hot’ – ‘Asalkan Tak Melampaui Batas’
Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin ‘Belanja’ Badan Selepas Cerai, Netizen Komen ‘Nombor 2 Hensem Selepas Zul Ariffin’
Saya minat politik

Ketika ditemui , Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34, mengakui berminat untuk menceburi bidang politik kerana melihat kepentingannya dalam kehidupan bermasyarakat dan pembangunan negara.
Bagaimanapun, Yusuf memilih untuk mengehadkan perkongsian mengenai politik di media sosial bagi mengelakkan perbezaan pendapat yang mungkin boleh menimbulkan salah faham.
Insya-Allah. Saya berminat juga dalam bidang politik kerana dekat dengan diri, masyarakat dan sangat penting untuk negara.
Sebelum ini saya ada juga berkongsi pandangan dan pendapat tentang politik dalam media sosial, apa yang saya sokong. Tetapi tidaklah terlalu mendalam.
Bukan semua mampu terima pandangan kita. Setiap orang ada sudut pandangan yang berbeza. Saya tak mahu cari musuh.
Saya takut orang yang baca itu anggap saya musuh dia. Jadi saya kurangkan perkongsian. Yang mana yang dah tahu, tahulah.
Yusuf berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama bersiri Pickle Rival di Balai Berita, Bangsar pada Jumaat.
Mengulas mengenai PRN Melaka yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Yusuf berkata dia sedia membantu rakan-rakannya yang bertanding tanpa mengira parti politik yang diwakili.
Saya ada rakan-rakan yang terlibat dalam PRN Melaka, jadi kita tolong-tolong mana yang boleh. Tak kisahlah mana-mana parti pun yang kita berkawan, kalau mereka minta tolong, kita tolong.
Tetapi saya tidaklah mempromosikan terlalu ekstrem. Saya masih kawal. Cuma apa yang saya kongsi dalam media sosial itu sedikit sahaja. Orang kata macam bibit-bibit awal untuk saya ceburkan diri dalam bidang politik.
Dalam pada itu, Yusuf menjelaskan panggilan YB yang sering dikaitkan dengannya hanyalah singkatan daripada namanya dan tiada kaitan dengan politik.
Nama saya Yusuf Bahrin. Kebanyakan kawan yang rapat dengan saya panggil saya YB sebab singkatan nama saya.
Lama-lama melekat pula nama YB tu. Tak ada kena mengena dengan politik pun.
Dalam perkembangan lain, Yusuf bakal membintangi drama mikro Pickle Rival arahan Faliq Sharif terbitan khas AIA Public Takaful Bhd yang mengisahkan cabaran dua atlet dalam mengejar impian dan kemenangan.
Drama itu turut dibintangi Imran Aqil, Trisha Ooi, Puteri Khareeza dan Firdaus Ghufran, serta ditayangkan setiap hari, pada pukul 12 tengah hari di TikTok Drama Sangat dan platform Tonton.
The post Yusuf Bahrin Tak Tolak Peluang Ceburi Politik – ‘Bibit-Bibit Awal Untuk Saya Ceburkan Diri’ first appeared on OHBULAN!.





