24.5 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tuju Dakwa Dah Empat Tahun Tak Terima Royalti, Bakal Hantar LOD Kepada Anggota K-Clique – ‘Aku Beri Korang Peluang Selesaikan’

    Shopee Sale

    Selepas lebih empat tahun isu royalti lagu didakwa masih belum diselesaikan, bekas anggota K-Clique, Tuju memberi bayangan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan rap itu bagi menuntut haknya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] MK K-Clique Agih Duit Raya RM10, Netizen Doa Murah Rezeki

    Isu royalti

    Tuju atau nama sebenarnya Mohd Azree Shah Awang Zamree, 30, mendakwa sudah menghubungi semua anggota kumpulan berkenaan menerusi mesej peribadi (DM), namun usaha itu tidak mendapat sebarang maklum balas.

    Menurutnya, dia sudah memberi ruang kepada bekas rakan sekumpulannya untuk menyelesaikan perkara tersebut sebelum mengambil langkah seterusnya, termasuk mengeluarkan Notis Tuntutan (LOD).

    Empat tahun royalti tertangguh, kekalkan nama Tuju di dalam kontrak untuk dapatkan wang pendahuluan daripada pengedar muzik. Sudah DM keseluruhan ahli tetapi tiada maklum balas sampai sekarang.

    Aku tidak sempurna tapi tentang hak. Titik peluh aku, aku kena bersuara. Sudah lebih empat tahun. Notis Tuntutan (LOD) otw, Aku beri korang peluang untuk selesaikan semua hak aku.

    Perkara itu dikongsikan Tuju menerusi hantaran di Threads selain memuat naik tangkap layar mesej yang didakwa telah dihantar kepada semua anggota K-Clique pada 1 Jun lalu.

    Dalam masa sama, Tuju menjelaskan dia tidak pernah mempertikaikan pembahagian royalti secara sama rata antara anggota kumpulan berkenaan, meskipun mendakwa memainkan peranan lebih besar dalam penghasilan lagu.

    Aku mengambil masa lebih kerana aku cinta seni dan percaya yang kamu semua adil dan matang.

    Bagaimanapun, Tuju menegaskan isu yang dibangkitkan bukan berpunca daripada masalah peribadi, sebaliknya berkaitan hak serta bayaran yang didakwa masih belum diterima.

    Betul, macam mana buruk pun perangai kita tapi janganlah kita mengambil hak orang atau tidak membayar hak orang, titik peluh orang.

    Ini sudah fasa umur semua pun 30 tahun ke atas. Sampai bila? Mimpi sudah tamat guys, mari cermin diri sama-sama.

    Untuk rekod, spekulasi mengenai tindakan Tuju meninggalkan K-Clique mula timbul pada penghujung 2022, namun ketika itu dia memilih untuk tidak memberikan penjelasan lanjut.

    MENARIK:  Elizad Tertekan! Keputusan Perkahwinan Dipersoal, Tidak Dapat Zuriat Jadi Beban Jiwa?

    Hampir dua tahun kemudian, Tuju akhirnya mendedahkan keputusan untuk bergerak solo dibuat atas kehendaknya sendiri. Namun, dia enggan mendedahkan punca sebenar keputusannnya keluar daripada kumpulan tersebut.

    Selain Tuju, K-Clique turut dianggotai MK, Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

    Sumber: Threads

    The post Tuju Dakwa Dah Empat Tahun Tak Terima Royalti, Bakal Hantar LOD Kepada Anggota K-Clique – ‘Aku Beri Korang Peluang Selesaikan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah