31.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Irfan Haris Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Amira Othman – ‘Hatinya Bersih & Tiada Hasad Dengki’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Irfan Haris menitipkan ucapan istimewa buat kakaknya, Amira Othman, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32.

    Artikel Berkaitan: ‘Dulu Nyanyi OST Suri Hati Mr. Pilot, 10 Tahun Kemudian Fattah Amin Jadi Abang Ipar’ – Irfan Haris

    Artikel Berkaitan: ‘Masa Jumpa Jarir, Saya Sebak Teringat Journey Kakya & Abang Fattah Dari Tahun Lepas’ – Irfan Haris

    Kakak yang baik

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Irfan mendoakan agar segala kebaikan yang dilakukan oleh Amira dibalas dengan syurga oleh Allah SWT.

    Dalam pada itu, Irfan menyifatkan kakaknya sebagai seorang yang pemurah dan tidak menyimpan perasaan hasad dengki terhadap orang lain.

    Happy Birthday untuk kakak dari syurga saya.

    Semoga segala kebaikan akak sebagai seorang anak, isteri, ibu, kakak dan juga sebagai seorang manusia, Allah balas dengan syurga.

    Hebat sunggah kakak saya, hatinya bersih, tiada hasad dengki, sangat pemurah dan sentiasa baik pada orang sekeliling.

    Selain itu, pelantun lagu Pesan tersebut turut menganggap Amira sebagai contoh terbaik dalam keluarga kerana keperibadiannya yang disifatkan sebagai seorang insan yang baik.

    Akak akan selalu jadi contoh dalam keluarga dan untuk semua orang sebab akak memang orang baik.

    Saya sayang akak dunia akhirat.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  Noralbaniah Sedih Kenang Nasib, Harap Industri Hargai Pelakon Lama – ‘Tolong Jangan Buang Kami’

    The post Irfan Haris Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Amira Othman – ‘Hatinya Bersih & Tiada Hasad Dengki’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah