
Selepas dua bulan melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Datin Atikah Suhaime akhirnya berpeluang memandikan sendiri anak perempuannya, Lyla Mulan Teh.
‘Pertama kali mandikan Mulan’
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, memandikan Mulan dengan bantuan serta tunjuk ajar daripada pengasuhnya, Kak Sri.
Pertama kali mandikan Mulan. Sudah dua bulan baru berani.
Hari ini belajar dari pengasuh untuk mandikan Mulan. Dia cakap kena belajar mandikan sendiri sebab air mandi boleh rapatkan kasih ibu dan anak.
Menurut Atikah, sebelum ini dia lebih banyak bergantung kepada bantuan pengasuh, kerana bimbang tersalah cara memandangkan bayi masih terlalu kecil dan memerlukan penjagaan rapi.
Atikah turut meluahkan rasa syukur kerana banyak ilmu yang dipelajarinya daripada pengasuh tersebut dalam menguruskan perihal bayi.
Mulan sangat selesa dengan Kak Sri berbanding orang lain dalam rumah ini. Sekarang tak cemburu lagi sebab dia layan Mulan ikhlas.
Untuk rekod Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 8 Mac lalu yang diberi nama Lyla Mulan Teh.





