Aktor Indonesia, Jefri Nichol bukan sahaja dikenali dengan lakonan tetapi kisah percintaannya juga turut menjadi tumpuan warganet dan pihak media.
Artikel Berkaitan: Tular Foto Berdua Di Bali & Saling Follow IG, Jefri Nichol & Jule Kini Jalin Hubungan Istimewa?
Artikel Berkaitan: Saling ‘Unfollow’ Di Instagram, Ameera Khan & Jefri Nichol Putus Lagi?
Bekas kekasih

Terkini, Jefri didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan Zahwa Massaid selepas memuat naik foto di Instagram Story baru-baru ini.
Namun, sepanjang bergelar anak seni, Jefri telah dikaitkan dengan beberapa orang figura terkenal, menjadikan perjalanan cintanya mencetuskan sensasi.
Berikut merupakan empat individu yang pernah menjadi bekas kekasihnya.
Shenina Cinnamon

Jefri dan aktres, Shenina Cinnnamon dikatakan mula menyulam cinta pada tahun 2015 iaitu di fasa awal kariernya dalam industri hiburan.
Difahamkan Shenina merupakan kekasih pertama yang bertakhta di hati Jefri. Bagaimanapun, kisah cinta mereka berakhir pada tahun 2019.
Untuk info, Shenina telah melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya, Angga Yunanda pada Februari tahun lalu.
Caitlin North Lewis

Jefri kemudian dikhabarkan mempunyai hubungan istimewa bersama gandingannya di dalam filem Hit & Run iaitiu aktres, Caitlin North Lewis.
Selepas tamat penggambaran filem berkenaan, kedua-dua mereka dikatakan pernah memuat naik foto yang memperlihatkan kemesraan dan turut didakwa pernah dilihat bercuti bersama.
Namun, Caitlin mahupun Nichol tidak pernah mengesahkan hubungan mereka secara rasmi.
Maria Theodore

Pada tahun 2021, Jefri secara terbuka mengakui sedang mengenali rapat Maria Theodore yang merupakan pelakon serta pempengaruh media sosial.
Pasangan itu turut mencuri perhatian apabila tampil serasi dalam persalinan sedondon ketika menghadiri tayangan perdana filem Jakarta vs Everybody.
Namun, selepas tiga tahun bersama, hubungan mereka akhirnya menemui titik noktah pada tahun 2024.
Ameera Khan

Kisah cinta Jefri bersama personaliti media sosial popular negara ini iaitu Ameera Khan menjadi antara tumpuan warganet.
Pasangan dari dua negara itu dikatakan bercinta namun, hubungan mereka dikhabarkan terputus di tengah jalan sekitar Oktober 2021.
Bagaimanapun, cinta Ameera dan Jefri bertaut kembali pada Mac 2024 dan kedua-duanya dilihat semakin terbuka berkongsi kemesraan di media sosial.
Malah, Jefri juga pernah mengunjungi Ameeera di kediamannya dan dilihat selesa meluangkan masa bersama keluarga wanita itu.
Namun pada November tahun lalu, Jefri dan Ameera didakwa sekali lagi membawa haluan sendiri apabila mereka tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Sumber: Hebohdotcom, Inilah.com
The post Jefri Nichol Didakwa Temui Teman Istimewa Baharu, Ini Sorotan Kisah Cinta Bersama Deretan Bekas Kekasih first appeared on OHBULAN!.





